Jadual Menteri nii..

25 November, 2007

Letih.........

Aku nak cerite lagi pasal gaji aku. Bukan nak cerite berapa gaji aku cuma nak cereti pasal Admin yang menguruskan hal gaji. Hari tu aku terima la slip gaji bulan Nov. Dlm blog aku yang lalu aku cite sikit pasal Admin buat gaji 3 bulan sekali kan?
Bulan Sept sekali lagi aku bthau pasal Gaji memangku yang masih masuk.

Sebelum gi India dulu pun aku dah btahu bende yang sama.
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:" Unit Pentadbiran tak maklumkan kepada kami".

Selepas balik India
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:"Kami buat gaji 3 bulan sekali. Jadi kena tunggu bulan 12 baru boleh buat pembetulan.
Sementara tu jgn la belanja duit tu"

2 hari sudah
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan: "Staf yang buat gaji cuti" tetiba je Unit Pentadbiran call explain pasal gaji aku memangu
diteruskan sehingga memangku DG44 diproses dan diluluskan. nanti dia buat pelarasan.

Actually aku buat message kat YM "Dah tak larat nak remind admin , gaji mangku PegMMedia masih masuk lagi" diorang ada baca kot? Bukan nak tegor kata "ko org buat keje ke tidak". Ce cube jawab jawapan mcm yang 2 hari sudah, takyah la susah2.dan buat org tertanya2. Kita takut duit gaji kena bayar balik je...

Kita ni kekadang tak menyedari selalu menyebabkan org tertanya2 terutama bila buat report / paper work.
Dah ambik tindakan ke? Nak kene report / paper work lagi ke? Report / paper work tu dah hilang kot?
Tak de budget ke? Masuk senarai Projek kecil tahun depan ke? Tak masuk senarai ke? Sebab tahu2 tup-tup tempat lain yang buat / naik.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semalam Ashraf btahu peluang keje dia di FELCRA nampaknya cerah. Alamat berenti lagila Pekerja CC aku ni. Ari tu dlm mesyuarat Lembaga Kopeasi aku dah present paper work pasal "Pengstrukturan semula CC". Keputusan lembaga nak teruskan dan cari pekerja baru lagi dan lagi.....Letih..Letih...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Program Jati Diri Jabatan Perdagangan berakhir semalam. Aku diminta buat pengulungan penutupan selepas solah Subuh. Nak apppreciate staf perempuan JPG di blog ni yang sanggup tido bersama pelajar utk program Qiamullail. Ini yang mak2 budak sanggup bawak anak bersama2 dan
tinggalkan Laki kat rumah utk tido di Pusat Islam bag menjayakan Qiamullail dan Tadarus. Besar Pahalanya tu. Waktu Tadarus ramai yang sedar kelemahan pelajar membaca Al Quran. Itulah saya minta dlm mesyuarat PIslam agar aktiviti Muslimat mesti digerakkan.Sebab mereka dahla ramai tetapi kurang aktiviti yang dibawah bimbingan Ustazah2 Poli.Tadarus waktu ramadhan dulu pun takde pembimbing. Cepat je habis..
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ari ni dan semalam kenduri kawin mak sedara di ASetar dan Rizal (Pembantu makmal JP) di Kangar.Alhamdulillah sempat pegi kecuali Rumah Maswan buat jemputan tak dan pegi sebab kul 4 baru balik..Sedara mara pulak datang ke rumah lepas kenduri. Porak Peranda rumah dibuat anak2 aku dgn anak2 sedara aku.



"Nak tengok Politeknik itu Cemerlang tengoklah Jemaah Solat Subuhnya"
Bagi yang komen Blog ni tulis waktu opis hour..Cakap baik2...Ko tengok masa kat bawah post tu. Kul berapa?Ari Apa?

No comments: