Jadual Menteri nii..

27 November, 2007

keje-keje-keje


Longkang yang nak kena Tok Bilal buat report baru repair?

Ari ni sebuk dengan markah PB yang nak kena release + prepare sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi esok.Entah cukup korum ke idak.Esok pula sebagai Pengerusi Mesyuarat Panel Luar. Buat FLASH Backdrop Mesyuarat Koperasi..gi tangkap gambo kedai dan CC.Sekali sekala kena sharp kan balik skill. + Kira kehadiran pelajar kurang 80%. Ambik balik Walkie Talkie Jabatan utk kegunaan Mesyuarat di Unit Pembangunan. Isi buku pergerakkan harta modal tapi suruh ambik selama-lamanya, Kad Harta Modal? Stor simpan pulak....Last2 bateri kong 2biji. sebab totally discharge memang la punah bateri. Nasib baik ada bateri spare Jabatan beli.


Kelas Web aku beri komen tentang hasil projek individu dan kumpulan. Penat jugalah berleter pasal ada yang spesis buat acuh
tak acuh je web mereka.
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Jumpa sebentar dengan pengusaha TASKA waktu bayar yuran Taufiq. BIncang pasal perjumpaan dengan ibu-bapa hari tu.
Memanglah bukan senang nak memuaskan hati semua pihak. Bagi aku, aku berpuas hati..cuma Staf Poli juga harus menyediakan, memantau,
bekerjasama dgn pengusaha. Permintaan nak perbesarkan tandas dan memasang aircond. Cadangan buka dari 7pg sampai 6 ptg rasa mcm tak munasabah sebab 11 jam org dok bekerja jaga anak kita. Wpun ada yang sanggup bayar sampai RM200, janganlah sampai jaga anak pun nak "private" kan dekat org. Sok tua2 nanti kita pulak di "private" kan oleh anak2. Cadangan boleh buka hari Sabtu pun mcm ada yang nak hantar anak2 sebab dia nak gi shoooping atau nak rehat kat rumah. Kalau Sabtu tu hari keje takpalah..ni cuti..pun nak hantar TASKA.
Jangan lah dengan "DUIT boleh beli segalanya"
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas Isyaq , berbual dengan rakan2 jemaah. Ada projek WAKAF nak buat kat kamsis. Entahlah... keputusan siapa, sejauh mana
kepentingannya. Nanti org kata buruk sangka. So no komen dulu setakat ni.Interlocking yang di siapkan di Pauh INN dan Rumah Pengarah pun belum nampak Significance nya. Baru je nampak pokok Jejarum di tanam dah kena cabut. Yang tersenyum..brother yang potong rumput..jimat lagi minyak aku. Hujung2 tahun ni kerap pulak diorang memotong rumput..dalam 2 minggu ni 2 kali TASKA dan depan rumah aku dipotong..Dulu lama.....panjang baru potong. Kena Warning ke atau ada makna tu.

upload gambo cerita semalam. Kursus Jati DIRI JPG

No comments: