Belanja membazir?
Bila buat program-program, pekara yang penting ialah belanjawan. Isu yang sering didengar
"Buat membazir duit je.. "
Tapi orang yang membuat aktiviti-aktiviti yang "Larrho"(sebutan Arabic) tak pernah kata membazir duit. Kita yang buat aktiviti
yang membentuk Modal Insan berteraskan KOnsep Islam Hadhari.....banyak lak soalan nak tanya pasal belanjawan.
Lagi satu, pelaksana aktiviti itu seharusnya IKHLAS dalam menjalankan aktiviti. Balasan bukan dengan dapat pujian rakan2 atau Bos.
Biar tak dengar orang puji pun tak apa..asalkan Allah yang memuji...dengan balasannya bukan sekarang dan tak nampak sekarang.
Balasan bukan dengan sekelip mata semua berubah.
Bila buat aktiviti jangan mengharapkan perubahan dalam sekelip mata. Dengan harapan lepas aktiviti berpusu-pusu manusia menjadi insaf.
Bila tak ada perubahan...mula patah semangat..malas dah nak buat aktiviti.
Sebab kerja beri hidayah ni bukan kerja kita. Ketentuan Allah s.w.t untuk memberikan hidayah pada orang yang DIA mahu. Contohnya Orientalis Barat yang boleh mengupas isi Al-Quran dengan begitu
mendalam tetapi tanpa Taufiq mereka tidak pun memeluk Islam. Kenapa?Sebab hidayah belum Allah beri kepadanya.
Ceramah Mingguan Pusat Islam ada la mai 8 orang jemaah. Nampaknya Madrasah Ramadhan yang lalu belum benar2 menyerap ke jiwa
manusia semua. Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan penebus dosa..Tak pa..Ramadhan akan datang kita Taubat lak balik.Hmm..
Kot2 tak dan junpa Ramadhan akan datang..
Hari ni cuti Depavali..intisari rancangan cerita tamil dan hindustan mesti ada..tapi tak pernah la tengok cerita Melayu masuk Tv ari raya
Depa. Cerita Depa masuk TV ari raya kita tiap2 tahun ada...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Poli dah sibuk dah impliment kuliah dan soalan final in English. Arahan dari pengurusan dah sampai ke meja pensyarah. Kursus
dah dibuat. An Issues:
a. Budak kita dapat BI pun 7,8,9 dalam SPM
Nak mengajar BI dengan standard berbeza ke untuk pelajar poli dengan pelajar U (yang dapat 1,2,3,4,5 SPM)?Ada ke?
b. Simple term "Please Stand Up" ada tak faham.
c. Kalau arahan keselamatan diberi dalam BI dan disebabkan tak faham BI ada yang keras kena kejutan elektrik..So ..
d. Lecturer pun ada yang tak fasih BI.
No comments:
Post a Comment