Jadual Menteri nii..

27 November, 2007

keje-keje-keje


Longkang yang nak kena Tok Bilal buat report baru repair?

Ari ni sebuk dengan markah PB yang nak kena release + prepare sebagai Pengerusi Mesyuarat Koperasi esok.Entah cukup korum ke idak.Esok pula sebagai Pengerusi Mesyuarat Panel Luar. Buat FLASH Backdrop Mesyuarat Koperasi..gi tangkap gambo kedai dan CC.Sekali sekala kena sharp kan balik skill. + Kira kehadiran pelajar kurang 80%. Ambik balik Walkie Talkie Jabatan utk kegunaan Mesyuarat di Unit Pembangunan. Isi buku pergerakkan harta modal tapi suruh ambik selama-lamanya, Kad Harta Modal? Stor simpan pulak....Last2 bateri kong 2biji. sebab totally discharge memang la punah bateri. Nasib baik ada bateri spare Jabatan beli.


Kelas Web aku beri komen tentang hasil projek individu dan kumpulan. Penat jugalah berleter pasal ada yang spesis buat acuh
tak acuh je web mereka.
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Jumpa sebentar dengan pengusaha TASKA waktu bayar yuran Taufiq. BIncang pasal perjumpaan dengan ibu-bapa hari tu.
Memanglah bukan senang nak memuaskan hati semua pihak. Bagi aku, aku berpuas hati..cuma Staf Poli juga harus menyediakan, memantau,
bekerjasama dgn pengusaha. Permintaan nak perbesarkan tandas dan memasang aircond. Cadangan buka dari 7pg sampai 6 ptg rasa mcm tak munasabah sebab 11 jam org dok bekerja jaga anak kita. Wpun ada yang sanggup bayar sampai RM200, janganlah sampai jaga anak pun nak "private" kan dekat org. Sok tua2 nanti kita pulak di "private" kan oleh anak2. Cadangan boleh buka hari Sabtu pun mcm ada yang nak hantar anak2 sebab dia nak gi shoooping atau nak rehat kat rumah. Kalau Sabtu tu hari keje takpalah..ni cuti..pun nak hantar TASKA.
Jangan lah dengan "DUIT boleh beli segalanya"
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selepas Isyaq , berbual dengan rakan2 jemaah. Ada projek WAKAF nak buat kat kamsis. Entahlah... keputusan siapa, sejauh mana
kepentingannya. Nanti org kata buruk sangka. So no komen dulu setakat ni.Interlocking yang di siapkan di Pauh INN dan Rumah Pengarah pun belum nampak Significance nya. Baru je nampak pokok Jejarum di tanam dah kena cabut. Yang tersenyum..brother yang potong rumput..jimat lagi minyak aku. Hujung2 tahun ni kerap pulak diorang memotong rumput..dalam 2 minggu ni 2 kali TASKA dan depan rumah aku dipotong..Dulu lama.....panjang baru potong. Kena Warning ke atau ada makna tu.

upload gambo cerita semalam. Kursus Jati DIRI JPG

25 November, 2007

Letih.........

Aku nak cerite lagi pasal gaji aku. Bukan nak cerite berapa gaji aku cuma nak cereti pasal Admin yang menguruskan hal gaji. Hari tu aku terima la slip gaji bulan Nov. Dlm blog aku yang lalu aku cite sikit pasal Admin buat gaji 3 bulan sekali kan?
Bulan Sept sekali lagi aku bthau pasal Gaji memangku yang masih masuk.

Sebelum gi India dulu pun aku dah btahu bende yang sama.
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:" Unit Pentadbiran tak maklumkan kepada kami".

Selepas balik India
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan:"Kami buat gaji 3 bulan sekali. Jadi kena tunggu bulan 12 baru boleh buat pembetulan.
Sementara tu jgn la belanja duit tu"

2 hari sudah
Jawapan aku terima dari Unit Kewangan: "Staf yang buat gaji cuti" tetiba je Unit Pentadbiran call explain pasal gaji aku memangu
diteruskan sehingga memangku DG44 diproses dan diluluskan. nanti dia buat pelarasan.

Actually aku buat message kat YM "Dah tak larat nak remind admin , gaji mangku PegMMedia masih masuk lagi" diorang ada baca kot? Bukan nak tegor kata "ko org buat keje ke tidak". Ce cube jawab jawapan mcm yang 2 hari sudah, takyah la susah2.dan buat org tertanya2. Kita takut duit gaji kena bayar balik je...

Kita ni kekadang tak menyedari selalu menyebabkan org tertanya2 terutama bila buat report / paper work.
Dah ambik tindakan ke? Nak kene report / paper work lagi ke? Report / paper work tu dah hilang kot?
Tak de budget ke? Masuk senarai Projek kecil tahun depan ke? Tak masuk senarai ke? Sebab tahu2 tup-tup tempat lain yang buat / naik.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semalam Ashraf btahu peluang keje dia di FELCRA nampaknya cerah. Alamat berenti lagila Pekerja CC aku ni. Ari tu dlm mesyuarat Lembaga Kopeasi aku dah present paper work pasal "Pengstrukturan semula CC". Keputusan lembaga nak teruskan dan cari pekerja baru lagi dan lagi.....Letih..Letih...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Program Jati Diri Jabatan Perdagangan berakhir semalam. Aku diminta buat pengulungan penutupan selepas solah Subuh. Nak apppreciate staf perempuan JPG di blog ni yang sanggup tido bersama pelajar utk program Qiamullail. Ini yang mak2 budak sanggup bawak anak bersama2 dan
tinggalkan Laki kat rumah utk tido di Pusat Islam bag menjayakan Qiamullail dan Tadarus. Besar Pahalanya tu. Waktu Tadarus ramai yang sedar kelemahan pelajar membaca Al Quran. Itulah saya minta dlm mesyuarat PIslam agar aktiviti Muslimat mesti digerakkan.Sebab mereka dahla ramai tetapi kurang aktiviti yang dibawah bimbingan Ustazah2 Poli.Tadarus waktu ramadhan dulu pun takde pembimbing. Cepat je habis..
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ari ni dan semalam kenduri kawin mak sedara di ASetar dan Rizal (Pembantu makmal JP) di Kangar.Alhamdulillah sempat pegi kecuali Rumah Maswan buat jemputan tak dan pegi sebab kul 4 baru balik..Sedara mara pulak datang ke rumah lepas kenduri. Porak Peranda rumah dibuat anak2 aku dgn anak2 sedara aku.



"Nak tengok Politeknik itu Cemerlang tengoklah Jemaah Solat Subuhnya"
Bagi yang komen Blog ni tulis waktu opis hour..Cakap baik2...Ko tengok masa kat bawah post tu. Kul berapa?Ari Apa?

22 November, 2007

Tah Apa2

Waktu meeting di Langkawi dulu. Bahagian Kurikulum telah tunjukkan Entrepreneur Incubator di Politeknik Nanyang Singapore macammana mereka
run KiOS dan juga lot kedai pelajar kursus retailing. Tu yang Menteri nak buat di IPTA rasanya.harap2 Pusat Pembangunan Usahawan dan Inovasi
kat POLI aku pun boleh jadi mcm tu.

Gi ke Unit Pembangunan report trip lampu kubah dan Penutup Manhole kat Pusat Islam yang dah berkurun ia pecah. Pacak dgn
kayu takut ade yang terserombong dalamnya dah lama.Sapa memacaknya nadak tahu.
Since aku rasa dah dekat 6 bulan dia pecah. Boss pun parking moto kat situ kalau dia mai Pusat Islam.
+ Org Unit Pembangunan pun mai Sembahyang Jumaat..MMmmm..Well nak kena Tok Bilal buat report gak..


Pagi tadi Mesyuarat penghuni Kuarters, berapa kerat je yang datang..Marah2 nampaknya Ustaz Razak (Chief @ Penghulu)
..Sabo..ustaz..sabo... Keje2 kebajikan memang macam tulah. Susah nak dapat komitmen dan selalu orang komen.

a. Mesyuarat setuju melanjutkan kontrak Nursery dan Pn Farihan dilantik chairwomen PIBG -terus buat meeting petang tu
Bagus2....Sorry takleh datang koz clash dengan Meeting Jabatan.
b. Yuran nak kena bincang dgn pengusaha
c. Kete jangan bawak laju2 kat kaurters
d. Sampah buang dalam tolong bukan longok kat luar (Ini isu dulu lagi ni..tak selesai2 lagik?)
e. Collection

Request:
a. Jalan diturap balik - aku panggil jalan tu Bitumen Organik sebab rumpuh tumbuh kat tar tersebut
b. Tandas dan sinki diperbesarkan
c. Pagar dibuka besar agar kereta boleh masuk bawah porch
d. Pasang Aircond kat bilik tepi (panas bilik tu)
e. Tanam pokok besar2 sikit bagi redup kawasan
f. TV mohon kat MMedia.-(Dulu cadang nak let go sebiji tapi la ni dah x jadi Peg MMedia.)

Orang admim call psal gaji. Janji jangan kene bayar balik dah...Statement "Kami buat gaji untuk 3 bulan sekali"
? adakah ??Jan - Mac ; Apr - Jun ; Jul-Sept; Okt-Dis. Bulan Feb, Mei, Ogos, Nov buat apa ya?

KJ: "Bukan nak masuk campur cuma nak semak kot2 ada nama yang ter"miss" ." - memang ada ter"miss" pun.

p/s: Sok program Motivasi dan Qiamullail JPG..

21 November, 2007

Masuk keje balik-keje timbun-timbun

well...lepas balik Mesyuarat Kurikulum tak boleh nak masuk blog sebab line talipon rumah rosak.2 kali buat report kat Telekom baru action diambik. Apa punya telekom da...servis berbayar pun lambat ambik action. Untung juta..juta...

Kuliah ari ni menyemak fasa akhir assignment individu web pelajar. Ada yang buat betul2 dan ada yang buat ala kadar. Frust tu ada lah jugak tapi bila tengok ada yang buat betul2 maka bangga lah jugak dgn hasilnya.

Then komen pasal jawapan kuiz e-mail yang ada yang meniru sebijik2. maka aku pun beri statement kat student :"Kalau macam ni la
jawapan kamu, maka jawapan kuiz kamu tu boleh dikategorikan masuk tong sampah." tu tengah angin la tu.

Soalan final semester ni nak kena terjemah ke BI. Kiranya dwi bahasa soalannya. Ada yang kata soalan Bahasa Melayu dulu dan Soalan BI kemudian..
Tapi aku buat lepas soalan Bahasa Melayu terus soalan BI...Hopefully diorang kena baca gak . Kalau buat last page soalan BI.. rasanya haram tak tengok langsung.

Plan nak sambung projek lab network aku..nampaknya terbengkalai lagi. Panner belum assign habis keje2 pemasangan kabel..SLOW..SLOW...Dei..amma...

Ari ni gak mula hantar Solehin dan Hakim kekelas IQRA di AnNaajah. So kul 1.45ptg antar..kuk 3.15 pi ambik. Program Cuti2 malaysia diorang ni tak pi mana2 kot..Dah mak bapak keje..musim kuliah last2 ni banyak nak kampoi.

Message Kak Sal: BIla revise kurikulum SMD , minta tanya halatuju / position graduan dalam penjawat awam - sebagai apa?

Keje to do:ikut senioriti
a. Translate soalan 2 paper ke BI (Ekonomi Islam dan Pemasaran). OOO... translate soalan tak boleh..Observe student LI gi Outstation boleh...he..he...)
b. Marking paper projek , kuiz dan sebagainya
c. Ganti kelas web
c. Buat senarai buku library nak beli- sebelum tu ambik statistik meminjam kat Rohaima
d. Siapkan Lab Network
e. Maintenence PC makmal BUSHA. Nasib baik Nazid mai..
f. Program Qiamullail JPG
g. Tolong Sharain -set up Multimedia punya alat.
h. Tolong Hasnizam tengok Editing PC JPA yang tak boleh on.
i. Mesyuarat Panel Luar - jadi MC
j. Mesyuarat Semak Semula Kurikulum- tak conform
k. Pengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi

p/s:Survenior buat staf JP..nah ko minyak gamat sebotol...tentang Mesin Tumb Print yg rosak tu.. aku dan bini aku tak terbabit sebab waktu tu aku kat India bini aku cuti tanpa gaji

15 November, 2007

Mesyuarat Pembangunan Kurikulum E-Commerce


At last sampai ke penghujungnya.... Maybe 26/11 kot2 nak kena turun ke Concorde Shah Alam. Ada perancangan nak revise kurikulum Sijil Pemprosesan Data. Tapi clash dengan Mesyuarat Panel Luar ..Hmm..Hmmm..Malas gak nak keluar2 ni kat ujung2 tahun..ongkosnya tenat beh...Dah kalau gi meeting ni berat badan aku pun naiklah..la ni dah 75 kg dulu 70kg je..

Jumpa geng 2 waktu di India dulu. Sadly Linda tak turun sama. Well..org BPP pun nak tahu perkembangan di India. Nasib baik ada bawa collection gambar2 di sana. Yang Girls....why koorang tak tempah2 lagi baju kain sari tu?

So Kurikulumnya dah siap...komen banyaknya dari segi format..itu yang *&*%$#@#@# tut..tut....
Will be impliment di Nilai, POLISAS pun nak jugak....Ada plan lain ni....
Hopefully success. Kalu ade kursus2 baik punya jangan lupa jemput.....


08 November, 2007

AKTIVITI PTSS

Belanja membazir?

Bila buat program-program, pekara yang penting ialah belanjawan. Isu yang sering didengar

"Buat membazir duit je.. "
Tapi orang yang membuat aktiviti-aktiviti yang "Larrho"(sebutan Arabic) tak pernah kata membazir duit. Kita yang buat aktiviti
yang membentuk Modal Insan berteraskan KOnsep Islam Hadhari.....banyak lak soalan nak tanya pasal belanjawan.

Lagi satu, pelaksana aktiviti itu seharusnya IKHLAS dalam menjalankan aktiviti. Balasan bukan dengan dapat pujian rakan2 atau Bos.
Biar tak dengar orang puji pun tak apa..asalkan Allah yang memuji...dengan balasannya bukan sekarang dan tak nampak sekarang.
Balasan bukan dengan sekelip mata semua berubah.

Bila buat aktiviti jangan mengharapkan perubahan dalam sekelip mata. Dengan harapan lepas aktiviti berpusu-pusu manusia menjadi insaf.
Bila tak ada perubahan...mula patah semangat..malas dah nak buat aktiviti.
Sebab kerja beri hidayah ni bukan kerja kita. Ketentuan Allah s.w.t untuk memberikan hidayah pada orang yang DIA mahu. Contohnya Orientalis Barat yang boleh mengupas isi Al-Quran dengan begitu
mendalam tetapi tanpa Taufiq mereka tidak pun memeluk Islam. Kenapa?Sebab hidayah belum Allah beri kepadanya.

Ceramah Mingguan Pusat Islam ada la mai 8 orang jemaah. Nampaknya Madrasah Ramadhan yang lalu belum benar2 menyerap ke jiwa
manusia semua. Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan penebus dosa..Tak pa..Ramadhan akan datang kita Taubat lak balik.Hmm..
Kot2 tak dan junpa Ramadhan akan datang..

Hari ni cuti Depavali..intisari rancangan cerita tamil dan hindustan mesti ada..tapi tak pernah la tengok cerita Melayu masuk Tv ari raya
Depa. Cerita Depa masuk TV ari raya kita tiap2 tahun ada...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Poli dah sibuk dah impliment kuliah dan soalan final in English. Arahan dari pengurusan dah sampai ke meja pensyarah. Kursus
dah dibuat. An Issues:
a. Budak kita dapat BI pun 7,8,9 dalam SPM
Nak mengajar BI dengan standard berbeza ke untuk pelajar poli dengan pelajar U (yang dapat 1,2,3,4,5 SPM)?Ada ke?
b. Simple term "Please Stand Up" ada tak faham.
c. Kalau arahan keselamatan diberi dalam BI dan disebabkan tak faham BI ada yang keras kena kejutan elektrik..So ..
d. Lecturer pun ada yang tak fasih BI.

02 November, 2007

Seminar Penyelengaraan

Mingggu ni gi Penang bersempena Seminar Penyelenggaraan di Bayview Hotel. Incharge off Multi Camera Production. Memang la letih tapi
minat punya pasal..tak kesah la.. Walaupun punggah barang nak putus urat kentut. Hanya mereka2 yg terlibat saje yg tahu perlunya
lori PTSS tu dibuat lift dan Unit MMedia dibuat lorong masuk.

Postmotem nanti tengoklah kot2 ada komen. Walaupun ada cabaran last2 minute seperti montage tak smooth, Notebook tak display,
Communication set tak berbunyi(so kena pakai walkie talkie). ..tapi team yang baik masalah dapat di atasi.Alhamdulillah TQ Azizee,
Sham,Tarmizi, Zamri and Cikgu Piara (bahan sembang2, kutuk2)

Sometime the management should give some space for AJK to make their decision. Perkara2 yang remeh tak yah la bincang lama2.
Dan Floor Manager should give the right to make final decision.

My idea about MCP team area tak perlu buat partition diterima oleh pengurusan PTSS. Mana dak...kita buat event utk poli dan
yang hadir adalah head boss kita sendiri..why mesti sembunyi belakang partition. We must proud of our staff yg boleh buat macam2.
Kita bukannya Kedai Muzik Ah Meng ke..yg buat MCP.



Baru2 ni terbaca di BHarian. UUM memenangi hadiah Inovasi Peringkat kebangsaan di atas kejayaan mencipta " Sistem Penempatan
Pelajar LI atas Talian" dengan belanja RM6,000. Kita banyak buat out source dgn harga yang gila-gila. Mana Inovasi Kita?
Satu lagi, biar sistem kita pakai software Access sekali pun tapi kalau dia memang membantu keje2 kita why not daripada tak da
apa2 pun. Teringat zaman Exam Tam dan Penilai dulu (perisian peperiksaan) walaupun dbase tapi tu je yg ada. Banyak dah dia membantu
dan banyak jugalah pahala org yang membuatnya. Sekarang ni PMIS lebih mudah lah...(outsource la..).

Dapat tahu Unit Sukan dan Ko Kurikulum yang Pegawai yang ada 2 orang sepenuh masa dah buat carta organisasi mencipta jawatan
Penyelaras Badan Beruniform, Penyelaras SUkan, Penyelaras Kelab dsbnya. dilantik dikalangan pensyarah sedia ada...Emmm...
Kang yang keje teruk sapa nanti?Yang nilai prestasi diorang nanti sapa?

Esok anak aku konvo..Bawak kamera

12 hb aku meeting kat Langkawi..Bini aku meeting kat KL.mana nak letak anak2 aku ni?....


p/s Panneer..ko betul ke dah hantar kat kedai komputer tu?