Jadual Menteri nii..

07 October, 2007

Tulis Suka-Suka..

Pusat Islam dan Dewan Besar:
Kalau dibandingkan penggunaannya...Pusat Islam setiap hari digunakan. Tetapi kenapa sistem di Pusat Islam selalunya tidak secanggih di Dewan Besar. Sepatutnya di Pusat Islam ada Projector Wall Mounted, Sound Sistem yang baik (tidaklah waktu ceramah berdengung bunyinya). Kalau nak pasang aircond pun..di Pusat Islam pun perlu ada(bagi selesa dan Khusyuk sembahyang). Cuba tuan puan fikirkan agaknya berapa kerap la Dewan Besar Tuan Puan digunakan berbanding berapa kerap Pusat Islam Tuan Puan digunakan.. untuk kita membelanjakan wang yang banyak untuknya.

+++
Sistem Keluar Masuk Touch and go

Well...sistem keluar poli untuk pelajar2 begitu canggih. Pelajar perlu touch kad pelajar dan sistem merekodkan keluar masuk
pelajar. Tahniah...Cadangan upgrade sistem dimana
a. kita boleh masukkan "Event/Acara"- apa yang kita hendak.(Contoh- Event Anugerah AKJ)
b. Letakkan Alat (Reader) yang berkonsepkan "portable"-(alat yang baca kad).
c. So.. kalau ada event di dewan - kita boleh cipta Event baru dekat database
d. Letakkan alat (Reader) di Dewan / DKU/ Pusat Islam- bergantung event tu dimana.
e. Pelajar akan touch kad pada reader di dewan -so tak perlu lagi nak ambik tandatangan.

++++
Keje-Keje Sampingan.

Mungkin tiba masanya Ketua-Ketua Unit diberikan tanggungjawab sokongan yang lebih besar. Pegawainya dah sepenuh masa dan ada yang dah 2 atau 3 orang pegawai. Kenapa masih lagi tugas sokongan diberikan kepada Ketua-Ketua Jabatan yang semestinya akan sub kat anak2 buah kat jabatan.

Contoh:JKuasa Seminar Maintenence (pegawai sepenuh masa di Unit)-yang langsung tak masuk kelas dan tak libat dlm ajk.
i. Unit Multimedia - JK Rakaman
ii. Unit Sukan dan Ko Kurikulum - Tak terlibat
iii. Unit Peperiksaan - Tak terlibat
iv. Unit Latihan - JKuasa Protokol
v. Unit HHP -
a. Pegawai PD- Jkuasa..lupa dah...rasanya ada kaitan tempah back drop.Ala...kicai punya keje..
b. Pegawai KD -Tak terlibat
c. Pegawai kaunseling -Tak terlibat

v. Unit Latihan Industri - Tak terlibat
vi. Unit Pentadbiran - Setiausaha
Unit Penyelenggaran -
vii. Unit Kualiti- Tak terlib

? kenapa mereka2 tak dilibatkan.
Ada bidang tugas yang buat sorang-sorang pun boleh. Dan tak perlu fikir nak ganti kuliah.
Teringat waktu jadi EX Maro yang semestinya tak boleh buat sorang-sorang.

+++++
Pernah aku btahu sorang org. admin. kalau ko dok rasa pensyarah ni keje dia relek..cuba ko buat jadual Waktu ko sendiri selama
15 jam seminggu dan ko mesti patuh padanya.
Contoh:
Hari Isnin: 8-10 pagi berada di bilik server
2ptg-4ptg berada di Makmal Komputer JRV
Hari Selasa: 10.15- 11.15pg berada di Makmal JPG

Kalau waktu tu jatuh Hari ada meeting ka..atau ko kena berada kat tempat lain..ko kena ganti..contohnya balik ko 5.30ptg atau ko mari ganti dgn datang malam ka atau datang hari Sabtu..Macam aku..kena pi meting ka, hadir kursus ke..bila tinggal kelas kena ganti oi...ISO kan..kata mcm tu.

So...boleh sahut cabaran tak....
So selamilah bidang tugas Pensyarah. Sebagai orang Sokongan Akademik..berilah betul2 "sokongan akademik" tersebut
.

No comments: