Jadual Menteri nii..

28 October, 2007

keje

Ari tu ade kekawan komen mengapa tulisan aku waktu kat India dulu banyak lawak. Bila dah balik ni penulisan aku jadik serius je.Siap komen pasal tempat keje.Aku pun tak tahu ngapa...aku rasa skop penulisan aku kali ni nak rekodkan pasal keje2 aku..supaya sendiri mau ingat dan kalau org lain baca pun sendiri mau ingat.

Kalau Marina Mahathir tulis blog dan TV3 rujuk untuk dapatkan News tentang Tun Mahathir..teng tereng..aku dapt gak ide nak propose kat pengurusan agar gunakan e-mail atau web untuk buat statement. Dulu Manchester pun suruh wartawan rujuk web rasmi pasal isu pembelian pemain. So hit web pun boleh tinggi dan ada le sebab staf nak visit web poli. So web ni mcm aku punya press statement pasal isu2 pejabat aku.
Ari ni aku nak cerita pasal "Fully Utilize-optima". Al maklumlah tempat keje aku ni alatan dan fasalitinya memang outstanding., tetapi sejauhmana kita menggunakannya secara optima. Atau alatan itu hanya "nice to have."
Jabatan atau Unit mahukan tempatnya dilengkapi dengan bermacam2 alat. Ada request dari Ustaz yang mahukan Pusat Islam memasang Projector LCD. Yang aku nak tanya balik..berapa banyak kelas kuliah ustaz yang menggunakan LCD, rasanya none. So kalau pasang pun..Are You SureYou will Optimize the Usage..Jawapannya: Pasang la dulu baru tahu..Aku Jawab: OK..kita tengok nanti. (dah siap kertas keje)

Aku lihat Astro baru ni dimana CEO Airbus dan Pengurus Operasi Projek A330, meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab berikutan kegagalan Airbus A330 gagal siap pada waktunya. Kalau kakitangan kerajaan membelanjakan puluhan ribu/juta untuk projek fasarana tetapi projek tersebut tak berjaya atau tak digunakan secara optima..macammana? Salahkan org lain?...
Info Channel di Cafe yang dibuat..nampaknya tak guna secara optima pun.malahan lama dah ia rosak dan tidak diperbaiki sehinggalah aku balik dari India. La ni dah aku perbaiki dan aku nak tengok sejauhmana ianya dimanafaatkan. Itu selepas aku serah kpd JPP. Dulu Unit Multimedia yang handel.

La ni dibina Pusat Pembangunan Keusahawanan (Aku ingatkan bilik kerja JPP sebab dulu pernah buat kertas keje kat tempat yang sama) dekat bilik JPP. Ok..kita tengok optima dak penggunaannya.

Waktu sambutan Hari raya baru-baru ni aku respek kat Zamri. Banyak alat JRV dan alat Multimedia digunakan. Aku dgn Sharain kena standby sampai 12 pagi ari tu. Walaupun aku tahu ade yang tak suka. Well.. nyanyi2 tu aku pun tak la suka tapi cara keje tu yg aku respect. Well nak tanya Zul Awat tak buat lagi pintu kat Mmedia agar senang nak keluar masuk barang. Ni nak angkut turun naik tangga boleh putus urat kentut. Waktu jamuan ari rtu boleh la kwrah student angkat.

No comments: