Jadual Menteri nii..

03 October, 2007

Tak baik menipu

Well ni pengalaman aku 2 3 ari sudah bila ada sorang staff ni mengkritik sana mengkritik sini...Habis semuannya dikritik sampai tandas
Pusat Islam pun dikritik..Ape yang dikritik pasal Pusat Islam ni...

Org Tu: Apa lah Pusat Islam, tandas pun tak boleh kunci..
Aku: Ko kata tandas kat mana ni...
Org Tu: Ala..tandas yang paling tepi dan yang besar tu la..Ada ka patut..nak berak pun kena tahan pintu tandas..
Aku: Ko masuk tandas pompuan kot..
Org Tu: Ada ka..

(? Persoalan yang aku tanya untuk lebih clear lagi..sebabnya subuh tadi..baru je aku melepas kat tandas tu..boleh kunci elok je..)

Aku:tah sapa tipu sapa la ni...

Dalam mesyuarat pulak:
Aku: Saya ingin penjelasan mengenai senarai nama AJK di dalam Buku Program . Adakah kita memasukkan nama AJK berdasarkan Jabatan atau berdasarkan Bidang Tugas?
Orgtu 2: Ohhh..saya dah memaklumkan kepada En A... bahawa senarai AJK tu mengikut bidang tugas..Saya rasa En A... terlupa lah tu...
Aku: Saya baru sahaja bercakap dengan En A... sebelum memasuki mesyuarat ni dan dia yang bertanya mengenai Ajk ni...
Orgtu2: Dulu.. saya dah meminta En A.. untuk menyenaraikan nama AJK mengikut bidang tugas.
Aku: Kami selaku AJK Buku Program rasanya tidak bertepatan untuk menyenaraikan AJK mengikut bidang tugas. Itu tugas Ajk lain rasanya. Kami cuma memasukkan nama2 dlm buku sahaja.

Bila balik mesyuarat...

Aku: A... tak tau la aku..Orgtu2 kata ko dah dimaklumkan untuk buat senarai AJK mengikut bidang tugas..
En A...: ??????

Aku:tah sapa tipu sapa la ni...

Soalan UPSR Bahasa MalaysiaMelayu-
Pilih jawapan yang betul:
a. Bayview Hotel , Georgetown Pulau Pinang
b. Hotel Bayview , Georgetown Pulau Pinang
c. Bayview Hotel , Georgetown Penang
d. Hotel Bayview , Georgetown Penang
(masa menjawab satu soalan ni 10 minit)-tu la lama masa bincang benda ni kat mesyuarat.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Mana yang lebih tinggi penilaiannya jika ko org isi Borang Penilaian Prestasi
a. Menjadi AJK Seminar - Ramai..tu yg ramai kita dok jadi
b. Menjadi Peserta Seminar :- Jarang-Jarang
c. Menjadi Pembentang Seminar :- kadang-kadang

Kalau aku aku pilih c.

1 Sebab AJK -yg ramai kita dok jadi , Pemandu, PAR dan cleaner pun jadi AJK.
2. Rasanya AJK ni kita patut ka buat peraturan bagi point yg tinggi mengikut bidang tugas? Kalau org tu AJK Tugas Khas kita bagi dia 10 point, AJK Multimedia bagi dia 20 point-ada ke org buat mcm tu?

Bukan sebab apa...Bos2 selalu dok kata masukkan tugas2 Ajk ni kat Borang Penilaian Prestasi, nanti boleh dapat kredit point tinggi. Apa kelas kita nak letak kat Pensyarah-Pensyarah kita kalau asik jadi AJK je...

No comments: