Selamat datang. Ambil perhatian QUOTE dibawah yang saya petik dari akhbar
Meskipun istilah menara gading menggambarkan satu institusi prestij, ia bukan jaminan penghuninya mampu berfi kir dengan baik.
“Institusi sudah berusaha membekalkan mereka dengan ilmu terbaik dan semuanya terletak kepada kebijaksanaan mereka.
“Kebanyakan remaja lebih mementingkan memasuki universiti daripada memikirkan ilmu atau cabang kemahiran lain yang perlu diketahui.
“Akibatnya, mereka tidak boleh berfikir secara akademik kerana tidak tahu mengenai perkembangan semasa.
“Kemahiran berf kir, belajar memperoleh pengalaman atau penolakan demi harga diri tidak boleh diperoleh hanya melalui pembacaan, justeru mahasiswa perlu peka dan memperlengkapkan kekurangan sedia ada dengan pelbagai program,” katanya.
Mempelbagaikan corak kemahiran dan ilmu supaya produk dikeluarkan mempunyai nilai pendidikan yang baik.
“Perlu ada kepelbagaian corak pendidikan di institusi berdasarkan kepesatan pembangunan dunia masa kini. Ini juga bagi memastikan universiti tidak menjadi kilang mengeluarkan siswazah yang mempunyai ijazah semata-mata
tapi tiada nilai pendidikan.
“Jika tiada penekanan aspek ini, ditakuti suatu hari nanti, universiti hanya berfungsi melahirkan golongan mahasiswa bijak akademik semata-mata tetapi tiada berkualiti dari segi pembangunan nilai manusia,”
No comments:
Post a Comment