Jadual Menteri nii..

31 January, 2008

Congratulate

Ni nak congratulate kat PN Nor Hadiatul Adawiyah di www.rancanganperniagaan.net atas RP-RP yang di jual. Realy helpfull utk student2 (ni promosi percuma ni...). Terang kat student DPM -Keusahawanan.
+++++++++++++++++
Perhimpunan Bulanan Jabatan- tema "Ke Arah Pendidikan Profesionalisma" . semejak JHP jadi host, start la tema-tema.
kalau sat gi ada yang arak bunga mangga dengan kompang maka start la yang lain kena...Sebab Jabatan aku dulu lak juga yang mula2 start ada makan..he..he...
Apa-apa pun....
Ucapan Hassan cukup best....

Prestasi Kewangan lebih 90% dibelanjakan - memaparkan prestasi yang baik.Lagi....?

28 January, 2008

Kelas komputer vs Kelas Keusahawanan

Minit Mesyuarat KJ di Kelantan
Baguih je tulis dalam minit aku tak hantar Competence Standard. AKU SEMAK Yahoo aku dalam sent folder. Ada tersimpan lagi tarikh, masa dan e-mail penerima yang diorg suruh send kan CE. Aku print screen then bagi kat KJ suruh bawak kat next meeting. Diorang ni kalau ilang, lupa letak kat mana..selamba beruk je kata kita tak hantar...Ni boleh mendatangkan MARAH ni...

Lantik PTSS sebagai Ketua Penyelaras SMD suruh buat PLO dan SLO (sesapa yg pernah buat kurikulum baru poli tahule menatang ni apa dia). KKursus SMD DH44 POLISAS kan ke ade? Respect sikit...yang senior2 tu..

Dapat Quotation dari Global Network untuk kursus MS Server 2003 sampai RM2,800 per pack. Ade ke budget Haji Omar?. Ah..proceed je...ade rezeki pi....

Sok ajor DOMAIN SERVER WEB HOSTING kat bebudak SMD.

p/s : buat KJ aku- apa nak susah kalau pening sangat pasal tu...Keluar je MEMO -
".............. adalah sebagai garispanduan dan pensyarah boleh membuat pindaan dan perubahan mengikut kesesuaian..... "habis cite . Mcm Surat Bahagian Kurikulum buat.

Baru Balik CC

Kul 5 keluar opis ke Arau (collect anak aku KAFA) then Kangar gi Bank In duit Koperasi yg beribu-ribu......Then mencari Catridge Printer BJC1000sp (oldiest printer). Tup--tap--tup tap..sampai rumah kul 6.30ptg. Anak aku merampuih nak main jugak dengan kekawan yang memang dah ready depan blok rumah.

Nah...malam lak dari kul 8.15 mlm hingga lah 11mlm bertapa aku kat CC menyelesaikan masalah komputer dan printer. Ada 3 PC yang server tak detect. 1 tak leh ON. Melepas tengok Berita kes VK Lingam, Melepas Isyaq kat PIslam..yeah..sekali lagi 9/10 idup habis dengan berniaga.
Printer rosak nak hantar repair sok lusa..
Income semlm RM60/=++ dari 5ptg - 10 mlm ..welll not bad...Student perempuan yg masuk CC selamba land je pakai seluar pendek.....Tu yang aku malas sesangatla nak pi CC pompuan tu. Boleh terkejutzz beruk Tok Bilal..

p/s Azlan buat dek..je...Nak kena btahu berkali-kali ke...

27 January, 2008

Kelas dah Mula

Cyber Cafe dah mula beroperasi mulai minggu ni. Sale so far ok. Tapi hutang pinjaman dan Maintenence masih lagi kena bayar..Belum sampai Brake Even Point. Rasanya 8 tahun lagi boleh sampai. Tapi berguna jugak pengalaman ni sebab boleh apply dalam P&P Modul Keusahawanan.

Projek Keusahawanan - bebudak DPM 3 kena menyiapkan Rancangan Perniagaan dalam kumpulan 3 org. Skop Perniagaan atau Keusahawanan.
kalau Perniagaan - apa 2 aje perniagaan yang nak di buat dalam kawasan Politeknik
kalau Keusahawanan - apa2 aje perusahaan (Ternak Itik ke, Rusa ke, Buat Belacan ke..dsbnya..)

Untuk Projek Perniagaan - DPM6 aku suruh buat research "Gelagat Peminjaman buku dikalangan pelajar PTSS"
Skop Kajian : Perpustakaan PTSS - kaji ada pasaran dak untuk koperasi menjual buku akademik atau Novel.

Untuk Pembangunan web - dah aku tampalkan tugasan yang SMD2 kena buat di BUSHA. Memang ada yang a little bit slow dalam mengisi form / menjadi members blogger yang aku suruh buat. So kena biasa-biasakan diorg explore internet Web Browser. Kena bagi taham TERM - web, web site, web page , URL, http: , DOMAIN , Browser , sampai la kau mengarut ke Router, ACCESS Point...Sytreamix TM Net , Modem, RJ11, RJ45

Program Ceramah Maal Hijrah aku tak participate langsung sebab sibuk dengan CC. (9/10 hidup habis dengan berniaga)- he..he..

19 January, 2008

Selamat Hari Jadi Solehin

Hari ni buat sambutan hari jadi anak aku..Panggil la geng2 dia mai makan kek dan dapat sebundut snack dari dia. Then habis RM15 beli jam Spider man.
+++++++++++++++++++++
Hari Jumaat tu Mesyuarat Agung Pusat Islam. ..Promo.. aku rasa dah cukup baik dah tapi yang mai...Geng2 tu jugak (geng Mesyuarat Atas Tangga lepas Isyaq) adalah +- dalam 20 orang. Nak lahirkan Modal Insan?, Mentaliti kelas Pertama? dan entah apa lagi dah kempen-kempen dan moto-moto ...Kalau banyak ni je yang mai..Alamatlah...masuk tong la semua kempen2 tu..
++++++
Sem ini mengajar
a. Keusahawanan - Rancangan Perniagaan biar dalam kampus . Apa business pelajar cadang nak buka dlm PTSS.
b. Pembangunan Laman Web
c. Penyelia Projek - Buat Research :"Peminjaman Buku Dikalangan Pelajar-Pelajar PTSS"

16 January, 2008

Inovasi 2007

Projek Info Channel Jabatan Perdagangan








Projek Web Open Source- JOOMLA











Projek WampServer - utk run apache












Projek Networking Bilik Micro
(belum ada gambar)


Projek Cyber Cafe

Selamat Datang Pelajar-pelajar baru PTSS

Selamat datang. Ambil perhatian QUOTE dibawah yang saya petik dari akhbar

Meskipun istilah menara gading menggambarkan satu institusi prestij, ia bukan jaminan penghuninya mampu berfi kir dengan baik.

“Institusi sudah berusaha membekalkan mereka dengan ilmu terbaik dan semuanya terletak kepada kebijaksanaan mereka.

“Kebanyakan remaja lebih mementingkan memasuki universiti daripada memikirkan ilmu atau cabang kemahiran lain yang perlu diketahui.

“Akibatnya, mereka tidak boleh berfikir secara akademik kerana tidak tahu mengenai perkembangan semasa.

“Kemahiran berf kir, belajar memperoleh pengalaman atau penolakan demi harga diri tidak boleh diperoleh hanya melalui pembacaan, justeru mahasiswa perlu peka dan memperlengkapkan kekurangan sedia ada dengan pelbagai program,” katanya.

Mempelbagaikan corak kemahiran dan ilmu supaya produk dikeluarkan mempunyai nilai pendidikan yang baik.

“Perlu ada kepelbagaian corak pendidikan di institusi berdasarkan kepesatan pembangunan dunia masa kini. Ini juga bagi memastikan universiti tidak menjadi kilang mengeluarkan siswazah yang mempunyai ijazah semata-mata
tapi tiada nilai pendidikan.

“Jika tiada penekanan aspek ini, ditakuti suatu hari nanti, universiti hanya berfungsi melahirkan golongan mahasiswa bijak akademik semata-mata tetapi tiada berkualiti dari segi pembangunan nilai manusia,”

10 January, 2008

Soalan Kuiz sebelum semester buka:

Pilih yang mana satukah tindakan AWAL yang betul?
A. Penyelia Kamsis memeriksa switch elektrik bilik yang rosak dan melapurkan kepada Juruteknik.
B. Juruteknik memeriksa switch elektrik bilik yang rosak dan membuat pembaikkan.
C. Pelajar memeriksa switch elektrik bilik yang rosak dan melapurkan kepada Penyelia Kamsis.
D. Warden memeriksa switch elektrik bilik yang rosak dan melapurkan kepada Penyelia Kamsis.
E. Tiada satu pun jawapan di atas.

09 January, 2008

JOOMLA APACHE SERVER

Lepas habis menyediakan CC utk sem depan aku gi melawat Ramzani dan Hafiz di PK.Since TQ Ramzani coz mengopikan Apache Server, PHP dan MY SQL dlm cd dan JOOMLA untuk web di'elebrate'kan lagi oleh Hafiz.

Moga2 koorang berdua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam keberkatan bersempena Maal Hijrah...

So sem depan drastik lagi perubahan dlm kelas web:
a. Waktu Teori - masukkan teori2 dari buku NIIT.
b. Waktu Praktikal - masukkan Joomla + Open Source Web development
Nak buat 1 base PC dulu - tunjukkan pada student. kalau boleh nanti install pada semua PC
tapi sebelum tu nak kena study dan install kat server JPG. Kalau everthing ready - impliment

08 January, 2008

Cyber Cafe

Hari ini dan semalam dengan Ashraf membersihkan CC. Komputer yang rosak diasingkan di CC Perempuan. Tunggu Nazid and Co buat maintenence. Aku rasa main ribu RM jugak sebab banyak problem dari segi Display. Yang hairannya di CC lelaki 1 je yang rosak tapi di CC perempuan sampai tinggal 3 je yg ok dari 14 kesemuanya. Teori aku : perempuan ni macam ada kereta..tahu pakai je ..maintain bagi kat Laki. Setuju? Tak setuju ?

Macammana la nak run CC perempuan next sem kalau tak maintain PC balik.

p/s Kalau ada outsider comp nak buka CC dlm poli nak minta provide software2 yang pelajar2 poli gunapakai di kuliah.

Mana Si Azlan gi ni?

Dulu Lain sekarang lain

Dulu lain Sekarang lain:Sejak anak dah sekolah ni.............

kul 5 pagi kena bangun.
Kul 6 pagi anak2 mesti bangun.
Ari2 kena ada duit kecik RM1 - belanja saku anak kesekolah.
Gelap2 lagi dah keluar rumah - hantar anak sekolah sebab takut Jem.
Dulu 2 pusat sehenti, la ni 3 (Sekolah, An Najjah, Nursery, Opis)
Kul 1 tgh mesti keluar Poli - ambik anak sekolah.
Kul 4.30 ptg mesti keluar POLI - ambik yang Tadika.
Kul 5 mesti balik dah - sebab tinggal anak2 kat rumah / atau aku bawak je kat opis he..he.
Maghrib / Isyak bawak anak2 ke masjid.
Lepas maghrib hantar Kelas Iqra.
Kul 9 pastikan anak-anak dah tido. Lepas tu aku tido...Kroh..kroh...

07 January, 2008

Poll Graduan SMD

terima e-mail dari Student:

Soalan saya: Macammana U apply menjadi Juruteknik Komputer FT17?

Student Jawab: sy juz apply spa8.yang tu je.tunggu pgln tmduga.tp alwayz update apply la......bach saya yang en tahu ada x yang dah dapat keja.sorang lagi bach saya yang dapat keja ni norfariza.bdk a.star.km jumpa ms g lpr diri kt putrajaya hari tu.satu kelas la dulu.pas 2 ada lagi sorang budak sit.tp lelaki.dia pun dapat jgk.klu x slp dia kna posting kat a.s.bwh kementerian pembgunan luar bandar...


p/s kalau kata peluang keje tak de itu masalah nasional, buka masalah sebab kursus tu namanya SMD.

04 January, 2008

Geng Bas Sekolah

Bas Sekolah
Dah 2 hari aku menghantar anak aku kesekolah. Kelas 1 Pintar...Alamak..kelas bawah ke? Dak..salah tulis post ari tu..
Yang aku perasan tak pernah lagilah aku terserempak dengan bas sekolah. Awat..
org Perlis ni memang takde "Geng Bas Sekolah" kot? Ini kalau nak buat business baru kat Perlis ni ada potensi dak. Sebab ada
yang hantar anak sendiri sampai ada yang naik moto sampai berempat. Yang pelik tapi benar nya..yang bapak naik pakai helmet yang anak tak pakai
helmet..
Untuk staf Poli aku rasa majoritinya convenience nak ambik dan hantar anak sebab tak de traffic jam. Kalau la aku ada jumpa bas
sekolah yang sanggup masuk poli, bayar mahal pun tak pa...Nanti mungkin ada nak joint. Setakat ni car pool bebudak tu dengan
Zul dan Raman.
+++++++++++
Bilik Micro - aku kira dah ready for next sem. Ade sikit2 lagi keje yg boleh dikebelakangkan.
Makmal Akaun - pun dah siap buat PM. Cleaner je tak mai cuci sebab sibuk membersih blok2 asrama yang aku kata dulu ditinggalkan mcm reban ayam.
Makmal Busha - utk kelas web aku next week baru nak tengok2kan minggu depan. Kongsi kelas dgn Nizah.

Cyber cafe - pun nak kena gi buat PM dan cuci dengan Ashraf minggu depan.
Interview pekerja baru..Done..
Plan nak buat joint venture dgn AJK Pusat Islam kalau tak dapat pekerja lelaki. Koperasi provide modal dan Aset ..diorg RUN kan
with pemantauan la...Since diorg yang aku kenal hati budi sebab membantu aku waktu Meeting Koperasi dulu.

"9/10 rezeki datang dengan berniaga" - tapi jgn 9/10 hidup habis dengan berniaga.

++++++++++++
CCTV dah pasang kat poli. Kalau tengok piping PVC dia senang je nak nak elakkan dari CCTV (Ketuk je paip PVC tu.. sebab nampak
laluan dia)... Ehh.. ni bukan nak ajar org buat jahat tau....Mungkin spek dia begitu.

p/s: Next:: Sila kira bilangan parking dkt bangunan JPA/JMSK, JTM, JH vs Kira Bilangan kereta Pensyarah JPA, JIT, JH, JPG, JRV

02 January, 2008

Parking tak Cukup...

Aisey man... pokok bunga "projek siapa" pulak tanam kat sepanjang laluan ke JTM, JRV, JH, JPG,JPA....
Alamat krisis parking la nanti sebab kete dah tak leh parking di tepi sepanjang laluan tu nanti.Fikir..fikirkan lah...

Kira bilangan kenderaan staf di poli, Kira bilangan Parking Lot di Poli...

Fikirkanlah bilangan tempat letak kereta yang tak cukup di JRV, JIT , JPA kalau perbuatan Salah sebab masuk area no entry
sapa rasa parking je kat admin org admin pun parking kat tempat laluan ke dewan. Org JKM pun parking kat selekoh
(arahan!!!..MMMmmm...). Atau cuba test try tengok parking kat IT lepas tu jalan kaki ke Admin. vice versa..Boleh Tahan ke?


p/s: Projek Car Pool di KL . kenapa tak berjaya. Sebab.....fikir-fikirkan

p/s: anak aku kena baling kasut kat mata. dah cepet la mata sebelah...

01 January, 2008

Sijil Pemprosesan Data Politeknik Sebagai Juruteknik FT17

Sijil Pemprosesan data Sebagai Juruteknik FT17
Hujah berdasarkan pekeliling telah saya dapat berkenaan status SMD. Pekeliling Perkhidmatan bil 15/2006.

Mengapa kursus ini hendak ditutuP?

Kesalahan mungkin pada kita yang tidak menyedari JPA memberikan pengiktirafan lulusan Prosesan Data di Politeknik sebagai juruteknik komputer. Lihat pekeliling m/s 7,8
Kesilapan:
a. HRManager di Swasta atau kerajaan yang terlepas pandang Lulusan SMD
b. Kita sendiri tak mengwar-warkannya Ini dapat dilihat melalui iklan perjawatan yang ada di dada akhbar dan sebagainya

Contoh: Pernah dlm iklan jawatan Diploma Sains Kesetiausahaan kelayakkan dari Uitm sedang Uitm tak de dah Kursus itu.

Termologi dahulu "Prosesan Data" kemudian "Sistem Maklumat" kemudian "Teknologi Maklumat" semuanya utk jawatan yang sama. Tengoklah bila 10 tahun lagi ada yang kata kelayakkan "Sistem Maklumat" tak sama dgn "Teknologi Maklumat"

Kalau begitu kenapa Poli sendiri pulak tak iktiraf SMD ke DIT? Sedangkan dlm kerja sektor awam gred gaji yang sama PIT6. Sapa boleh jawap? so org yang beria-ia nak menutupkan kursus ni cuba bawa fakta yang kukuh sebelum berhujah.

Dlm zaman IT ni web merupakan sumber maklumat yang mudah utk mencari Pekeliling dsbnya.

Tengoklah bila Th HJ Mokhlis menyatakan cuti staf pensyarah sampai 13 hb pun org refer kat web rasmi www.politeknik.edu.my dari SMS. So be careful bila masukkan sesuatu di web.

p/s Tulisan ini dibuat terpaksa dibuat kat opis, sebab ada kaitan dengan masa depan SMD