Dahulu pernah ditulis dlm blog ini berknaan alatan di PTSS yang sememangnya outstanding. Kalau lihat di JRV, MMedia Unit, JTM , JH dan JPG sememangnya alatan terkini. Kalau di JKM dan JKE tidak pasti sebab tak pernah berkursus di sana.
Persoalannya, alatan terkini kalau tak di guna pakai maka sia-sia sahaja dibeli dalam tender. Sewaktu membuat spesifikasi tender memang seronok bila menyenaraikan alatan2 tetapi bila alatan dah sampai tetapi tidak digunakan ..alamat membazirlah.
Pengarah PKK En Mustafa Omar pernah beritahu , ambillah peluang di usia muda di poli yang baru untuk mempelajari pengggunaan alatan-alatan yang baru dan mempelajari pengurusan Poli itu sendiri. Sewaktu di PKK dan PTSS, banyak peluang yang ada untuk itu semua tetapi ramai yang tak ambil kesempatan dengan mengajar dan belajar hanya berdasarkan silibus. Alhamdulillah, di poli baru aku banyak belajar urusan Pengurusan, Tender Alatan, Pembinaan Kurikulum, ISO, Kewangan (Budget) yang ada pensyarah2 Senior di poli lama pun tak tahu. Bukan untuk tujuan Careear Path nak jadi KJ atau Pengarah tetapi untuk mendalami Disiplin Ilmu. Alhamdulillah, bila kita tahu senang nak buat kerja dan nak buat keputusan.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Apa guna jika ada Makmal Simulasi Pejabat (dengan bilik Pengurus, bilik mesyuarat, alatan fax dan fotostat dsbnya) dibuat dalam Projek Brief PTSS tetapi lastly menjadi bilik pensyarah? Kreativiti pensyarah yang mengajar utk memasukkan penggunaan bilik tersebut perlu ada dan tidak hanya bergantung pada teori kelas sahaja. Sememangnya tiada dlm silibus memberitahu - Sila guna makmal Simulasi Pejabat.
Sebab itulah fasiliti di JPG yang aku ubah utk meoptimakan penggunaan. Cth: BUSHA aku jadikan sebagai Makmal Komputer, LED Display aku pindahkan ke Pusat Islam, Server aku jadikan Network, Bilik Micro dijadikan Bilik Network dan Pengkomputeran.
Sama jugalah di PKK yang mempunyai Makmal Pemasaran. Kalau pensyarah masih bergantung harap dengan teori semata2 masakan pelajar akan menjadi kompetatif di pasaran. Makmal Pemasaran juga dimasukkan dalam projek brief , tetapi kita tak tahu dimana, bila ,bagaimana, untuk apa nak gunakannya. Sememangnya tiada dlm silibus memberitahu - Sila guna makmal Pemasaran. Sebab itu aku menghantar senarai alatan kepada Dalinah (KKursus DPR) dan minta cuba kreatifkan sikit dengan menggunakan kemudahan dan perisian seperti Adobe Illustrator, Adobe Premier Pro dsbnya. Bagi student ada kapasiti membuat Iklan Bercetak dan TV.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Tadi Ramzani menunjukkan aku beberapa perisian Sistem Open Source di www.opensource.com. Termasuklah perisian E-Commerce dan perisian sistem yang digunakan di poli aku sendiri. Frust juga melihat Company (Software Engineering) yang mengambil perisian ini utk dijual kepada Poli dengan ribuan ringgit.
Staf jabatan sendiri boleh sebenarnya membuat sistem tersebut jika di beri peluang.(pernah tulis pasal Inovasi di blog lalu)
Apa... Pengurusan kita tak nampak ke?
Teringat kaedah Pengarah PKK En Mustafa; (nak bayar upah memang tak da Peruntukkan bawah kepala apa)
So wktu melantik aku untuk membina web PKK. Aku langsung tak de basic tetapi yang ada hanya minat. Upahnya:-Bermula dengan dihantar
kursus dengan Ustaz Sharihan (kenapa..tak percaya?) kemudian dengan Cosmopoint, Diberikan Line Internet (utk poli) dan Komputer
(walaupun tak canggih mana) dan buat bersama dengan Syarikat Luar lastly berjaya juga. Jadi itulah "BAYARAN UPAHNYA":
1. Melalui Kursus
2. Melalui Alatan
3. Melalui Lawatan
bukannya dibayar RM++k. mcm syarikat luar. Bagi aku ok lah tu kalau dicampur nilai wangnya..ribuan juga.
Yang ini barulah company ikut kehendak end user.Apa yang ia mahu dari sistem.
p/s Cari contact utk Kursus MS Server 2003. Utk KAK SAL-good luck dengan paper work Kursus E-Commerce tu. Harap2 Pengarah ko angkat tangan to the right Course bukannya Logistic Course
No comments:
Post a Comment