Jadual Menteri nii..

31 December, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Masak Bihun Sop Daging Aqiqah...slrup..slrup...di Pusat Islam.
JK Kenduri:
-Ketua Chef: Ustaz Safuan
-Minuman : Haji Zamri
-Persiapan: Ustaz - Ustaz yang hadir
-Kebersihan: En Jailani
-Quality Control : aku lantik diri aku..- tukang rasa

JK Kendara:
- ? ? ? memang selalu tak ada...

Kehadiran:
-lebih 3 orang dari dijangka...

Post Mortem:
- Kehadiran.... makan free pun tak ramai...

29 December, 2007

Musim Sekolah Bermula

2 hb anak aku masuk sekolah derjah satu. Rasanya baru je aku menyambut kelahiran nya di queen elizabeth Hospital sebesar lengan tangan aku...la ni dah masuk sekolah. Tu tanda diri dah tua. Masuk ujian penempatan ke tahun 1 tak tahu la kelas mana nanti dia masuk ada 1 Harmoni, 1 Cerdik, 1 Pintar, 1...dah lupa. Yang cerdik dan pintar tu kelas bawah sebab aku
tengok kat Papan Kenyataan Sekolah statistik dapat D dan E nya ramai dalam kelas tu.

sememangnya pengaruh TV senang mempengaruhi bebudak. On the way balik dari sekolah....anak aku tanya kenapa tak minta "Geng Bas Sekolah" hantar ke Sekolah Budriah. Pengaruh ASTRO 611. Kalau ada la memang ayah nak carik bas je..tapi tak de nak oii.. bas yang masuk poli...

Kereta ADR aku meragam lagi ..ujung2 tahun ni. Dok bunyi macam bot. Plug problem atau Karborator (ni kalau ganti main Ribu).

p/s : Hot News TV3 MB Perlis nak di ganti??

28 December, 2007

Skim DH Pensyarah Politeknik, Kolekj Komuniti KPTM

Skim DH 41. Perincian nya keluar semalam.

A) Matrik gaji sebijik macam DG (Guru). Cuba
bandingkan matrik gaji dengan skim siswazah yang lain
i) DS 41
ii) F 41
iii) S 41
iv) U 41

ada perbezaan? nanti nak cari.

B) Waktu kerja rasmi 8pg-5ptg.
- DG keje tak le sampai petang.

c) Jumlah Jam mengajar 16 jam (keje2 AJK-AJK kecil, Pengkeranian, dsbnya tak tahu masuk dalam jam ke tidak, dapat point prestasi atau tidak)
D) Ada Master naik terus ke P1 T8 - ala..dah lama dah aku dah P1 T11. Yang dah lepas T8? Tak de apa2 ertinya.
E) Accounting as usual T10 starting. kalau ada Master pun tak guna sebab master naik ke T8 gak.(Macam D.)
F) Untuk bagi menarik- dapat le satu anjakkan untuk sapa memilih skim ni tahun depan kalau aku dapat le naik T12 (sebab
pilih skim ni)dan kemudian naik T13 (kenaikan gaji bulan 1)-Itu yang aku paham la.
G) Sapa la gamaknya org Poli yang buat perician ni?

? Kesatuan DH ni kuat ke nak memperjuangkan DH

26 December, 2007

Cing,,cing,,Duit Masuk

Cing..cing claim India dah masuk....

Hari Raya Korban...hujung2 tahun banyak le korban dengan bonus tak de ni. Kena korban duit nak nyekolahkan Solehin tahun
depan. Beli beg sekolah, kasut sekolah dan baju sekolah semuanya di Kuale. Entah apa pasal la aku beli semua di kuale...
sedangkan keje di Perlis. Pastinye Kuale ni banyak choice dan senang bejalan..walking distance. Jauh beza bandar
Di Raja Arau dengan Bandar di Raja Kuale. Lagi satu, Baby Taufiq boleh tinggal kat Mentua tolong take care sat....

Beli Drill RM200 brand Bosch kat kuale
Beli Karpet Pusat Islam Rm39.90 pun kat Kuale
Gi kenduri kawin Fara Juruteknik pun kat Kuale .(Dapat spesel gift dari org Manong. Mungkin diorg ingat aku rombongan pengantin
Perempuan dari Kedah kot sebab kete aku plate "KBQ ...".)
++++++++++++++++
Da balik...Perlis. Sok nak hantar anak aku ke Sekolah Budriah ada Ujian Penempatan.

Pusat Islam:
Ape khabor pokok kari, serai, pisang dan Pandan kat PIslam..idup ke dak..
Lampu terbakar.. ade dah ganti.
Penutup Main Hole masih berlobang.
Ganti tikar sejadah Imam

Bilik Micro:
Nak pasang pipe PVC- test Drill Bosch aku
Tambah satu lagi network cable
Install balik server yang "kong"
Cari mana peginye measure tape aku dah missing?
Report Lampu tak nyala

Kursus:
Minta Quotation MS Server 2003

FRP:
TUTUP..........

Tak tengok MU menang dengan Sunderland 4-0 - anak aku tukar ke Astro 611 waktu aku terlelap.............

19 December, 2007

Balik Raya

Hari ni dlm kul sepoloh Aku and Family nak balik kuale. Balik Raye. Rasanya sampai 26/12 aku bcuti sebab 27/12 anak aku nak daftar sekolah. Next year kena buat penjadualan baru lah..Harap2 time table kuiah aku FREE on tengahari.

Boss keluar memo skin DH sila rujuk web poli pada 28/12. Yeah....Boss pun dah buat Press Release kat web site. Mencanak2 hit pada ari tu nanti. So web master jangan tido..www.poliperlis.edu.my

Try Install UBUNTU Free Operating System kat PC rumah dengan PC di Lab. Nak save cost dari beli produck Bill Gates.
Lepas cuti:
1. Plan nak upkan satu lagi Server with Apache + MY Sql + PHP exe
2. Tutup FRP
3. PM Makmal Steno. BUSHA, Akaun dgn TE LAB (X Class)

18 December, 2007

Check Out

Student nak berhenti / balik kg mencari dimana PenyeliA Kamsis untuk check out Kamsis. Rupanya Pejabat Kamsis "TUTUP" semuanya menyertai rombongan
Che Kiah. Pelajar hantar je kunci ke Pos Pengawal. Alahai...senang nye PROSES....Boleh waktu 2 kritikal gini nak pi rombongan Che Kiah BenchMark poli org...MMM..apa nak jadi...Apa Nak Jadi...Mlm tadi gi la tengok bilik student tu..mcm kandang kambing di tinggalkan.
p/s Tak pernah serah kunci kat Bail Boy Hotel waktu check out.
++++++++++++++++++++++
Lihat Sign "KELUAR" Sila keluar melalui dinding

15 December, 2007

Pagi Minggu

Logo Tak Menang- saje je letak buat kenangan.

Pagi ni hantar tuiyen Solehin di An Najaah... balik tu tengok pokok-pokok pisang yang di tanam didepan dan dibelakang rumah.
Pindahkan anak2 pisang ke Pusat Islam. Tengok2 Pokok Mempelam, Pokok Pisang dan Pokok Betik di Pusat Islam yang hidup subur. Buah betik tu bebudak AJK selalu buat masak makan malam.
Tak de keluarkan kos cuma keluarkan peluh je which is berbeza dengan Projek Dusun Poli nun...Projek Pakai Duit...

Gi PC Fair di Kangar. Tak de yang menarik. RM45 beli pendrive 2gb. Kemudian gunting rambut Solehin dengan Hakim. Pakai mesin sodok je...

PINDAH POLITEKNIK.........................dok eh...

Alatan di Politeknik Makmal Pemasaran, Sistem Berkomputer

Dahulu pernah ditulis dlm blog ini berknaan alatan di PTSS yang sememangnya outstanding. Kalau lihat di JRV, MMedia Unit, JTM , JH dan JPG sememangnya alatan terkini. Kalau di JKM dan JKE tidak pasti sebab tak pernah berkursus di sana.
Persoalannya, alatan terkini kalau tak di guna pakai maka sia-sia sahaja dibeli dalam tender. Sewaktu membuat spesifikasi tender memang seronok bila menyenaraikan alatan2 tetapi bila alatan dah sampai tetapi tidak digunakan ..alamat membazirlah.

Pengarah PKK En Mustafa Omar pernah beritahu , ambillah peluang di usia muda di poli yang baru untuk mempelajari pengggunaan alatan-alatan yang baru dan mempelajari pengurusan Poli itu sendiri. Sewaktu di PKK dan PTSS, banyak peluang yang ada untuk itu semua tetapi ramai yang tak ambil kesempatan dengan mengajar dan belajar hanya berdasarkan silibus. Alhamdulillah, di poli baru aku banyak belajar urusan Pengurusan, Tender Alatan, Pembinaan Kurikulum, ISO, Kewangan (Budget) yang ada pensyarah2 Senior di poli lama pun tak tahu. Bukan untuk tujuan Careear Path nak jadi KJ atau Pengarah tetapi untuk mendalami Disiplin Ilmu. Alhamdulillah, bila kita tahu senang nak buat kerja dan nak buat keputusan.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Apa guna jika ada Makmal Simulasi Pejabat (dengan bilik Pengurus, bilik mesyuarat, alatan fax dan fotostat dsbnya) dibuat dalam Projek Brief PTSS tetapi lastly menjadi bilik pensyarah? Kreativiti pensyarah yang mengajar utk memasukkan penggunaan bilik tersebut perlu ada dan tidak hanya bergantung pada teori kelas sahaja. Sememangnya tiada dlm silibus memberitahu - Sila guna makmal Simulasi Pejabat.
Sebab itulah fasiliti di JPG yang aku ubah utk meoptimakan penggunaan. Cth: BUSHA aku jadikan sebagai Makmal Komputer, LED Display aku pindahkan ke Pusat Islam, Server aku jadikan Network, Bilik Micro dijadikan Bilik Network dan Pengkomputeran.

Sama jugalah di PKK yang mempunyai Makmal Pemasaran. Kalau pensyarah masih bergantung harap dengan teori semata2 masakan pelajar akan menjadi kompetatif di pasaran. Makmal Pemasaran juga dimasukkan dalam projek brief , tetapi kita tak tahu dimana, bila ,bagaimana, untuk apa nak gunakannya.
Sememangnya tiada dlm silibus memberitahu - Sila guna makmal Pemasaran. Sebab itu aku menghantar senarai alatan kepada Dalinah (KKursus DPR) dan minta cuba kreatifkan sikit dengan menggunakan kemudahan dan perisian seperti Adobe Illustrator, Adobe Premier Pro dsbnya. Bagi student ada kapasiti membuat Iklan Bercetak dan TV.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Tadi Ramzani menunjukkan aku beberapa perisian Sistem Open Source di www.opensource.com. Termasuklah perisian E-Commerce dan perisian sistem yang digunakan di poli aku sendiri. Frust juga melihat Company (Software Engineering) yang mengambil perisian ini utk dijual kepada Poli dengan ribuan ringgit.
Staf jabatan sendiri boleh sebenarnya membuat sistem tersebut jika di beri peluang.(pernah tulis pasal Inovasi di blog lalu)
Apa... Pengurusan kita tak nampak ke?

Teringat kaedah Pengarah PKK En Mustafa; (nak bayar upah memang tak da Peruntukkan bawah kepala apa)

So wktu melantik aku untuk membina web PKK. Aku langsung tak de basic tetapi yang ada hanya minat. Upahnya:-Bermula dengan dihantar
kursus dengan Ustaz Sharihan (kenapa..tak percaya?) kemudian dengan Cosmopoint, Diberikan Line Internet (utk poli) dan Komputer
(walaupun tak canggih mana) dan buat bersama dengan Syarikat Luar lastly berjaya juga. Jadi itulah "BAYARAN UPAHNYA":
1. Melalui Kursus
2. Melalui Alatan
3. Melalui Lawatan
bukannya dibayar RM++k. mcm syarikat luar. Bagi aku ok lah tu kalau dicampur nilai wangnya..ribuan juga.
Yang ini barulah company ikut kehendak end user.Apa yang ia mahu dari sistem.

p/s Cari contact utk Kursus MS Server 2003. Utk KAK SAL-good luck dengan paper work Kursus E-Commerce tu. Harap2 Pengarah ko angkat tangan to the right Course bukannya Logistic Course

12 December, 2007

bilik Micro

Well line talipon rumah meragam lagi. Call Telekom, petang tadi baru mai baik. Lama dah tak on line dari rumah, dari opis lain kira.

Menyediakan bilik Micro Teaching untuk semester hadapan bagi modul Komunikasi Data dan Pengkomputeran. Bilik Server kat situ
bakal jadi port aku (berkhalwat....dengan komputer)+pasang talipon ext 6256.Minta Nizah kira inventori accesories komputer..nampak ok tak de banyak
yang missing.Jimaaatt duit...

Plan nak buat Info Channel pulak- si Panner masih tak bawak2 balik lagi PC yg aku suruh pasang extra display card..Dei..ammmaaa...
Monitor display dah ada (guna display monitor server) + Cable RGB pun dah ada. Tunguu Si Ketua Pemuda MIC tu je..

Semalam Mesyuarat PIslam bincang pasal korban dan Aqiqah . Yang datang adale 5 org. Yang dah bayor boleh le korban seekor.
Ustaz Yasir plan sembelih tempat lain, kita ambik daging je..Baguih..mudahkan urusan...jangan menyusahkan. Org pun takde.

Skim DH dah tak nampak ape ceritanya. Khabar2 kata kena mai keje on 31/12. kalau tak de berita cuti balik on 5/1/08. Cerita
hangat boss pindah ke PUO, Pengarah PKK ke Bhg Penilaian dan Peperiksaan. PSAS pun dapat boss baru..itu yg boss2. Yg bubuk2
belum ada cerita lagi.

Zahir and Kasmani datang rumah. Tak dan nak jamu apa2. Sorryyy....aku gi Changlon repare tayar moto. Singgah kat Kedai buku Union lupa nak singgah
beli apa2 on the way.

Maki seranah setesyen minyak..tak de satu pun yg Pam angin boleh pakai...mahu tak angin satu badan , dah le ujan. Tayar kete
lembik dah 3 bulan tak pernah berpam. Terrible...benda free mcm tulah..minyak naik berketul2.

p/s: nak kena anjor Kursus MS Server 2003-penceramah Babuji Asri.

07 December, 2007

Musim Periksa

Ambil masa musim exam ni untuk study Network, Microsoft Server 2003 dan Adobe Illustrator. Tapi tak de geng dijabatan yg minat yg sama memang susah nak minta bantuan. So aku gi pinjam buku library. Tak jumpa buku berkenaan Server 2003. KJ minta gi Poli KB Kelantan (tengok Pusat Keusahawanan) tak minat sebab susah nanti ganti exam , jauh lak tu buat sakit badan driving dan Kelantan macam nak banjir la ni.(Berbaloi ke nak gi...)

Isi Borang PM Komputer minta Pkomp Install balik Aku punya TE LAB...wa..wa...Dulu dah terdelete sekali..kali ni kena lagi...dekat 90 PC. Nasib baik Azhar said sorry

04 December, 2007

Masuk PB

Pagi ni ada Kursus Insuran ETIQA di Bilik Persembahan Projek Jabatan Perdagangan. Lastly dapat info tentang ex ITM Classmate
Syed Mohd Redzo terus call dia. member lama ni...

Menghabiskan setting network Server di Makmal. Ajar 4 org student SMD yang berminat. Itupun tak habis lagi coz nak kena
talifon Babuji Asri minta help. Nasib baik dia tak jawab ..."Ko taip je http://msdn2.microsoft.com".
Dah lama suspended hampir terlupa password nya

Then habiskan key in markah PB student dalam PMIS. Tunjuk kat KJ Jawatan Juruteknik Komputer nak lulusan pemprosesan data dari Pelabuhan kKelang

Gembira tengok JK Pusat Islam sem ni yang rajin mai masjid, berbuka dan memasak di masjid, lepak2 pun di masjid, Qiamullail dan mengimarahkannya. Harap ISTIQAMAH sampai bila2. Aktif yang boleh bersaing dgn JPP.

Awal Pagi ni..menjawab POST KOMEN yang lalu pasal Juruteknik Komputer:Lihat Post Bulan Septemberhttp://pkksabah-rashdan.blogspot.com/2007_09_01_archive.html

Tambahan: Kalau Seseorang kena "tunggu/monitor" Juruteknik PKOMP buat keje (bukan nak tengok buat keje/idak but
takut kes ilang barang), Perlu dak "tunggu/monitor" kalau Juruteknik Jabatan yang buat keje? Siapa pulak yang kena
"tunggu/monitor" org yang "Menunggu/monitoring"

Teringat cerita Independence Day: "Who are going to monitor the person who are monitoring"

p/s : Sok Jaga Exam

01 December, 2007

SAMBUNGAN.......................

Mana nak sama orang yang sekadar mendengar dengan orang melihat dan orang merasa/mengalaminya. Orang yang mendengar hanya berdasarkan laporan.
kalu yang melapor tu ok..ok lah dia. Untuk mengetahui persekitaran sekeliling kita harus bercampur gaul dengan semua pihak.


Isu Rumah Kauters
1. yang ada tak serah kunci walaupun dah berpindah.
2. Yang tak reti buang sampah dekat tempatnya
3. Yang memarking keretanya sampai 2 biji dilot parking (Rumah dah penuh sampai tingkat 5)
4. Kucing Belaan
5. Anak2 main kat Kereta-calarkan kereta

Projek2 POLI yang menghairankan
a. Bina wakaf kat asrama (hairan:Warden pun tak tahu projek sapa yang mohon)
b. Parking Lot Kuarters kat blok yang tak kritikal.(Hairan :EN Zul pun tak tahu asal projeknya)
c. Pasang Interlocking kat laluan ke PAuh INN dan Pengarah (Hairan:Sebelum tu Tanam pokok 2 ari kemudian bubuh Interlocking)
d. Sistem Keluar masuk pelajar (Hairan: Itu je skop systemnya dengan harganya yang mahal)
e. Projek Bangunan Keusahawanan Dan Inovasi (Hairan: Dulu buat paper work Bilik JPP- tak lulus sebab tak boleh buat bangunan
kat situ - ada saluran najis kat bawah)

Projek yang aku rasa penting..Aku lah..
a. Langsir kat Bilik Kuliah.Panas bila petang
b. Projector kat Dewan Kuliah yang rosak dari dulu
c. Pintu keluar kat MMedia - tanpa perlu lalu tangga
d. Parking Lot Moto Pelajar
e. Parking LOT Pusat Islam
e. Baiki PA system PIslam yang speaker dalam ada 2 je boleh pakai.Dan Projek2 lain di PIslam (pasang Bumbung, Baiki Bocor,Laluan Tandas Perempuan, lampu yang dah tak nyala))
f. Besarkan Tandas Nursery dan projek2 di nursery

Minggu Berucap

Aku rasa kategorikan minggu ni Minggu Berucap aku. Mula dengan Jadi MC Mesyuarat Koperasi , Kemudian MC Mesyuarat Panel Luar lepas tu Wakil Kpd KJ memberi Ucapan Sempena Malam Pra Graduan. Yang sodihnya tak de org nak snap gambo aku. Aku yang snap gambo org.

Mesyuarat Koperasi Alhamdulliah dlm sejam settle segalanya. Kedatangan ahli Pensyarah mcm selalu...ramai tak nampak muka. Mungkin sibuk buat PB atau kursus (OPTIMIS LA SIKIT...)Suara2 komen pasal negatif pasal koperasi ni selalunya memang tak leh nak tutup. As long as kita jalankan keje dengan Ikhlas dan Komited ....Lantaklah apa nak kata. Tahniah En Azlan yang jadi ALK yang baru. Yang lain kekal tanpa bertanding.

Mesyuarat Panel Luar tak de apa yang menarik. Kekadang kena tukar topi jadi Juruteknik . Nampaknya pengalaman di MMedia memudahkan aku nak settle masalah PA System di Pauh Inn yang gaye je ada rupanya takde. Mengangkut Panner dgn Syahrain dari MMedia ke Pauh Inn,PA System.

Ucapan aku di Mlm Pra Graduan aku buat "kezutan". Aku sampaikan Partically in English. Berabuk Inggeris aku..Aku belasah je. Makan sodap..free lak tu. Ada juga student Sem Akhir yang tak mai (dlm 40 org). Makan free pun tak mai. Tahniah kepada DPM 5 yang cuba practice kan all the Theory to Practical dgn menjadi Event manager.Ko org nak kena ganti DPM 6 yang selalu helpful dlm aktiviti jabatan.


Markah PB Pembangunan Laman web marking habis semua. All the web site yang ok aku beri 80% and above. Kul 4.00 ptg aku e-mail
kat student di www.smartd.biz.

Panner pun dah 80% siapakan Makmal Network di JPG dengan student. Good Experience for them ..ialah kalau nak ajak semua pun
kadang2 jadi tukang tengok je. Bila ada network . aku plan nak buat mcm2 nanti. Angan-angan lagi ni. Jadi "Port" aku nanti


p/s : betulke Boss nak pindah?