Jadual Menteri nii..

27 June, 2011

menulis bertemankan journal2

Tempat lain - kelas pasang LCD ada aircond, Ada Note book,Ipad ada Wireless, ada soket cukup: Ianya bagi menggalakkan
Active Learning (ada 2 way com),
Real time access information,
Collaborative Learning.
Tempat Aku? ..ada..
Pusat Islam ada Cowway.. - tekat kering azan..leh minum air.. Tekak kering mengajaq - bawa botol sendiri..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Bawak bebudak tengok Stadium.. hee..he.. baju bola dah beli...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kali ni lama dah tak menulis di blog...Sibuk dak la tapi mcm tengah mencari Ilham.. Apa

"masalah yang nak aku kaji ni"

tu la dulu dah senang -senang duduk pjbt, naik 44.. hang pi cari MASALAH..

Ialah masalah sebenarnya adalah merupakan "Tajuk Kajian". Lagi 2/3 bulan nak mendaftar Phd aku... Preliminary Reading aku celam celum.. Nampak mcm ada masalah..nampak mcm tak de.. Tapi sifu2 kate..itulah rupanya awal2 buat Phd... Its not satu percutian maa.. so kalau koorg nampak aku mcm cakap sorang2..menung sorang2.. biarkan.. Itu tanda aku nak nikah sorang lagisedang mencari "Masalah"-- ingat Masalah adalah "Tajuk Kajian"..hee..he..
Tapi apa-apa pun ..Ilmu ni Hak Allah. Kalau kita berserah padanya InsyaAllah akan ada jalan keluar dari Nya dari sumber-sumber yang tak disangka-sangka. Banyak dah yg aku dapat kekadang tak disangka-sangka..dan Alhamdulillah, ianya bersesuaian dengan fitrah manusia dan apa yg aku kehendaki. Cuma kita, aku...kurang bersyukur..


02 April, 2011

jadii..tak jadii..jadii..tak jadii...or... menjadi...tak menjadiii...




Dalam kehidupan, tak semua yang kita mahu akan kita dapat. kekadang yang kita tak mahu, itu yang kita dapat. Contohnya Naik Pangkat.

Bukan semuanya nak naik pangkat..Betulkah? Ada org takut nak naik pangkat (yang dia mahu) sebab takut nanti kena dipindahkan.(yg dia tak mahu).

Anak-anak kecil?

apa yg diorg mahu... PS2, Komputer, Basikal, Astro 611

apa yg diorg tak mahu..baca buku, mengaji,


yg kita mahu beri?

yg kita mampu beri?


Orang Pencen?

apa yang diorag mahu? Mungkin nak kan kesihatan.

Ketua?

Mungkin nak kekalkan kuasa.

banyak lagilah....

Tapi walaubagaimana pun, yang pasti..tidak semestinya apa yang kita hendak akan kita dapat, dan tak semesti nya apa yang org ramai hendak, pasti akan dapat.

Akhirannya, ialah kehidupan akhirat...yg pasti kita hendak ialah dimasukkan ke Syurga..(tanpa transit @ neraka)..Dan jangan muflis di akhirat dengan dosa-dosa kita kepada orang (sesama manusia) yang tak di ampun oleh orang yang teraniaya dan di Fitnah


Luckly alhamdulillah, ramai rakan sejawat yang dapat kenaikkan ke 44. Skim DH yang kenaikkan menerusi satu-satunya saluran iaitu "Kriteria Kecemerlangan". Maka rasa besarnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul bagi kita. Ialah..Kriteria Kecemerlangan bukannya Time Based yang selalu senior-senior dapat.


BERSEDIAKAH kita?

Cemerlangkah...................

kehadiran kerja kita?

FRP kita?

Kelas pengajaran kita?

Tugas-tugas kita?


Tepok dada tanya Iman kita. Adakah kita menjalankan semua itu? Bersihkah gaji-gaji kita dalam menyara anak-anak dan keluarga?

Cukup kah atau tak cukup-cukup.


Buat yang berjaya, tahniah diucapkan..

19 March, 2011

Karnival JPG

Jadi rasanya sampailah masa nak serahkan tugas menguruskkannya kepada sesiapa yang berkenaan dengan berkongsi pengalaman menguruskan Pesta Konvo dan Hari Jabatan yang sudah-sudah.
Idenya memang lah baik dengan melibatkan pelajar. Tetapi pelaksanaannya taklah sesenang yg disangka sebab pelajar ni perlu di "push" kalau nak bergerak. Bukannya pelajar U, yg ada bekas pelajar Malay College, Tengku Kursiah, Best student sana, Best Student sini. So be Realistik.
Jadi ada yang 90% pelajar yg buat, ada yg 50% pelajar yg buat dsbnya. Terpulang la berapa banyak ilmu yg penasihat nak turunkan kepada pelajar. Sebab kalau penasihat buat kekadang lagi senang dan cepat. Silap pun minima..masalahnya, jika pelajar buat dan ada silap..sesetengah pihak tak faham..terus suka menyalahkan.(Bak kata aku.."Karnival JPG is the process of learning outside classes""Outcome kita ialah apa? OBE ....."so semua pihak kena lah faham). Kalau kita buat pun kekadang ada tersalah, tersilap..apatah lagi pelajar.

Kertas kerja - part belanjawan dan tentatif aku tak serahkan kepada Pen Pengarah Program (pelajar)...tapi aku cerita kat diorg macammana ia dibuat. Ini juga cara process of learning bagi diorg..Terangkan bagaimana ia di buat.

Perjumpaan dengan wakil kelas pelajar (2 kali) - 1st-sebelum buat kertas kerja program..Tanya dulu apa yg diorg nak buat. Buat tapisan mana-mana yang perlu.
2nd- lagi seminggu program, tanya perkembangan dan apa-apa permasalahan yang belum selesai..Selaraskan. Pada LEVEL ni, kita kena buat keputusan sebab hakikatnya keputusan kita senang diikuti dan diterima. Kalau serah 100% kat pelajar alamat...tak jadi. Unless koorg ada dapat wakil pelajar yang dominan mcm Saudara Khairy (ex student) dulu.
Perjumpaan dengan Pensyarah
Dulu aku tak berapa suka sangat menganggu pensyarah dengan mesyuarat. Aku lebih suka sms atau berjumpa terus ngan pensyarah. Kalau tak faham..TANYA. Kekadang mesyuarat ni lama (so aku rengkaskan mesyuarat), kekadang org yg boleh kerja independent pun kena masuk mesyuarat jugak...Jadi tukang dengar.

Bila aktiviti berjalan sila MANTAU dan turun padang. Sila beri buah fikiran yang berguna, Peranan sebagai penyelesaian masalah sering diperlukan pada waktu ini. Sebab student banyak yg belum expose dgn pengalaman sebegini. Sebab kecacatan aktiviti bukan semua yg boleh faham "IA SUATU PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR"
Fahami Chain of Command, Fahami Arahan dan Keputusan. dan bertanggungjawab dengan setiap keputusan. Urustadbir Acara, Protokol (wpun aku sendiri tak berapa lepas)

Bedoa, Bertawakkal mudah-mudahan Allah bersama kita.


KARNIVAL JPG yang melabuhkan tirainya. Perancangan selama 2/3 bulan dari kertas kerja asal dibentuk oleh Pelajar sebagai Pengarah Program PPM6A Saudara Amar (la ni sementara jadi DJ kat Karnival Jom Masuk Poli) kemudianya di edit dan dilantik pulak pensyarah sebagai Pengarah Program. Perancangan dan perbincangan...Alhamdulillah terima kasih kepada seluruh warga JPG dari pelajar, sehingga lah ke pensyarah, JKR, Unit Pembangunan, Pengurusan PTSS yg memberikan kerjasama.

Naik Pangkat..Naik Gaji

Dalam seminggu dua ni..heboh diperkatakan di pejabat..ada yg dinaikkan pangkat, ada yg dipindahkan. Rezeki semuanya dari Allah s.w.t. Ada diberikan kesihatan, ada rezeki diberikan sorang lagi anak, ada rezeki diberikan ketenangan dan ada rezeki diberikan Allah ujian. Sebut pasal rezeki ni...sejauhmana kita bersyukur ya?Mmm..
Rezeki dapat hamper..alhamdulillah..Terima kasih buat mereka yg menyumbang. Banyak pulak dapat kali ni..Besor-besor lak tu dari individu-individu dan anak murid. Tak pa..saiz tak penting..yg penting ingatan, doa dan ucapan.
Sahabat-sahabat Jam'ie pun dah ber sms bertanya khabar.."Lama tak jumpa?" bila berjemaah tengelam timbul..Dengan kehadiran org baru ni..kehidupan pun kena buat adjustment. dan kehidupan pun di uji oleh Allah s.w.t. Ialah, didunia 1000 alasan manusia boleh beri, tapi mintak2 nye di akhirat kelak janganlah beribu-ribu alasan Allah beri kpd kita. Susah nanti ....Astaqfirullah..
Berdoa..Semoga kembali kelandasan yang betul..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Isteri dah habis pantang. On 2007 dulu lepas habis pantang, aku dapat tawaran KPTM untuk melawat ke India.
Kini, habis pantang 2011..isteri aku lak kena pi kursus Kualitatif Analisis di INTEKMA Shah Alam. Dilema?
Pengalaman dahulu mengajar aku..;
Waktu 2007, aku mula-mula nak menarik diri dari ke India. Gilo ko..bini baru habis pantang nak tinggal dengan 3 hero-hero. KJ nasihatkan rugi, kalau tak pi..nanti senang naik pangkat.
Rezeki? Pangkat aku tak naik, Pangkat Isteri aku yang naik.
Waktu 2011, kita tengok macammana? Allah s.w.t punya perancangan..
Buat yang naik pangkat Tanhiah diucapkan... Tentunya gembira tambahan kalau tak sampai berpindah tempat.
Buat yg bakal sambung belajar. mcm aku ni.. Tahniah la jugak kan..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
to be continued

26 February, 2011

Senang-Senang je Orang Menfitnah..

Lama gak tak menjengah blog sendiri ni. Tetapi ari ni berpeluang lak nak nulis.

Malam tadi sempat menonton Drama dalam Slot Zehra -Ustaz Amirul
kali ni Ustaz Amirul di FITNAH menodai Anita hingga mengandung.

Kita sebagai penonton sememangnye tahu sape yg melakukan perbuatan terkutuk tu. Org yang melakukan perbuatan terkutuk tu selamba beruk je dengan kehidupan hariannya...Leh makan kat kedai makan, leh naik moto keliling kampung, leh tengok pokok-pokok kat dusun. Dan dia selamba beruk pulak menuduh sememangnya Ustaz Amirul yang menodai Anita.
Lakonan itu semua dapat penonton saksikan..Macam kehidupan kita kat dunia ni jugak la..Satu Lakonan yang Allah s.w.t sedang saksikan.

Anita-
Cerdik gak..dia dan-dan dulu membuat report polis...Mcm ye je dia betul..Ya la..kalau tak betul takkan dia berani report polis kann..kan..(kata org-org kampung yang naif ni). Berani gak dia ni kan. Ialah..kalau tuduh org tu..kalau berani/betul logik nye mesti report la kat polis ke.. atau pihak berkuasa ke..atau pihak atasan ke...Tak la membebel satu kampung je..kan.
Bukti apa pun tarak..dok reka-reka..tapi berani ooo menfitnah orang. Terror tul dia ni.

Ketua kampung
- yang ada kuasa..setakat episod tadi..belum lagi buat keputusan..Ialah..penduduk kampung dah mintak perambat je Ustaz Amirul ni keluar kampung. Mungkin biar MASA menentukannya..Ketua Kampung ada Kuasa kan..mesti leh buat nye. Atau memantau pergerakkan Ustaz Amirul..dia gi kelas mengajar ke, gi ke Masjid ke..gi ke jamban kee..kalau tak sempat suruh la pemuda-pemuda kampung tengok kan dia.

Penduduk Kampung
- Yang naif percaya bulat-bulat cite ni. Ada yang kata ;
'jangan masuk campur..'
'Nasib baik kamu tak kawin ngan Ustaz Amirul tu'
'padan muka dia'
'tuihh'

Perogol sebenar
- Masih selamba je hidupnya. Tiap-tiap bulan ambik hasil kebun ladang Pak dia.

Ustaz Amirul
- Bangun Tahajjud mintak pertolongan dengan Allah s.w.t. Blah dari kampung? Tidak sama sekali..