Jadual Menteri nii..

30 September, 2007

SKIM GAJI BARU.

Perhimpunan Bulanan Jabatan...Pengarah memaklumkan Skim Gaji Baru Penyarah. Emmm...nak ke tak nak. Details perlu dimaklumkan dulu bukan main sign je. Persoalan yang perlu dirongkai
a. Gaji.. rasanya mungkin naik
b. Cuti macammana...ikut sekolah,poli atau cuti tahunan
c. PTK yg dulu apa jadi?
d. Skop keje macammana..Ade kena buat journal, research ke...(best ni..)
e. Keje-keje pejabat kena buat macam dulu ke?Buat fail, tulis kad inventori, Cat "HAK KERAJAAN". hantar budak ke hospital..(tak best ni..)
f. Kerja sampingan..??Jadi AJK Seminar. AJK MSK, AJK Konvo masih kena buat lagi ke...(tak best gak..)
g. Kalau org tu stay pada DG macammana..kena pindah sekolah ke...(ok gak..)

ada sesapa nak tambah lagi...tulis kat komen..


Senario.....

La ni memang ade yg boleh tulis buku, research, articels...tapi keje sampingan (pentadbiran) kita dah sub kat anak buah..(bubuk2 sekelian-by creating jawatan2 AJK baru dengan macam2 nama Penyelaras/Ajk Kecil..dibawah kita) So..nak buat PHD, Master out campus pun boleh and sempat. Yang susah sekarang ni jawatan Penyelaras2 dan AJK2 Kecil la. Yes ..timbula la statement.."Tapi tanggungjawab masih kat kami..". Tapi ramai mana org yang sanggup bertanggungjawab jika ada kecacatan, ketidak sempurnaan, kesilapan..Yang disalahkan/dikambing hitamkan balik kepada yg bubuk2 tu..Kalau di Jepun..yang kata "Kami yang bertanggungjawab" itulah yang mula2 lepaskan jawatan / gantung diri..Erkk..

"Kita kalau dah senang..memang cepat lupa kat yang susah..."-Pengalaman naik Business Class, tak yah beratur panjang2, boleh keluar dulu, Entertainment wow..Pramugari layan kelas A...Tak de la sapa yang "zuhud" nak beratur bersama2 dengan org kelas ekonomi..atau keluar bersama org kelas ekonomi..

26 September, 2007

Tak de Ide

Well...lama dah tak mencoret apa2 kat blog. Terawikh malam tadi dah tinggal 2 setengah saff.
Yang berbuka kat masjid pun..dah nampak kesusutannya...Tadarus lagilah...dulu 4 kumpulan dah
tinggal dua..kekadang tinggal satu kumpulan je...Tadi aku masuk kumpulan Haji Zamri...saje cari angin
baru.

Today Tuesday..english communication day utk JPerd. Sambutan..mmmm...susah nampaknya nak istiqamah.
But thanks to kak G yg begitu komited dgn event ini....Wal..la...

Malam ni bertugas.."morhe" ada bubur lambuk plak..ambik dua plastik bawak balik rumah..boleh buat bersahur..
Mana le tau..kot sok pagi lewat sodar...dah ade la back-up.

Sok tak de kuliah...yeee..haa...But ada Perhimpunan Bulanan mm..nak gi ke idak...? Kalau ade pengumuman yg best2 dari
org2 atasan baguih pi...Pengumuman naik gaji ke..skim gaji baru ke...Aih..yg atas dah sampai Jusa..Ketua Pengarah Sektor, Timbalan
Pengarah Sektor dah ada 2 position..yang kita2 kat bawah ni macammana la gamaknya?Fikir-fikirkan...

Teringatla.. kata2 org atas: "Bila dah ada lantikan jawatan tetap di Poli, maka beban kerja pensyarah-pensyarah dapat dikurangkan..."
So macammana penyelaras2 semua (LI, Exam, HHP) ..keje ko org dah makin kurang ke atau sama je...kot2 yang bos2 koorang yang keje makin
kurang..sebab boleh sub kat pembantu.. Panas..panas..kita layan....zass...

18 September, 2007

Apa2 ajelah//

MOnday mood kuliah pun agak moody sikit. Satu kelas je kul 10.15pg Kelas Pengkomputeran. Gi ngacau student kelas kak sap yg melayari internet dlm kelas. Tu la gunanya ada monitoring system boleh tahu budak 2 tengah buat apa di PC waktu kelas...

Soalan post ari tu:
c. Sepatutnya ada satu lai data storage kat bilik Steno..Belum angkat ke bilik ni.Berat mcm batu. Masalahnya password Admin dia tak de sapa yang tahu..atau buat2
tak tahu.Ada nasihat?
Jawapan ari ni:
dah dapat passwordnye...mimpi mlm tadi..kira mimpi org2 soleh.. gamaknya

jawapan babuji ari tu:
Aku nak 2 org lelaki atau 2 orang pompuan. Ko bagi ramai sgt. Klu yg cik2 tu cantik,
kita pilih yg cik je, agak2 ok tak.. Tapi mesti power lah…

Jawapan aku ari ni:
Sory le Babuji...bagi mengelak skandel, aku post 2 org hero Dsum..Dsumm filem Malayalam utk buat kurikulum mmedia..

14 September, 2007

SERBER

Bulan Puasa...Bulan Ramadhan....Ari pertama posa.Kelas ada 2 je ari ni .kul 10.15 sejam dan 12.15 sejam. Sempat repare TE_LAB Makmal Steno dan angkut server (YG BESAR MCM BATU) ke Bilik Micro. Plan nak buat Bilik Network ni....Banyak keje tak de la ingat lapor...Pagi waktu sahur Solehin pun nak bersahur. Hakim bersahur gak..tapi bersahur kul 6.45pg. Dah pandai nak belajar berposa.

Terawikh first day punya la ramai, Sampai keluar masjid. Second Day dah susut sikit. Third Day ari Jumaat ramai student balik kampung..lagi susut..Buat tadarus dgn student kul 6.30 ptg + kemudian makan berbuka..Program Pusat Islam
Istiqamah....Istiqamah...selalu...










E-mail kat Babuji:

From: rashdan rashid [mailto:pkksabah@yahoo.com]
Sent: Friday, September 14, 2007 11:20 AM
To: ashri@polipd.edu.my
Subject: Server

Sambungan discuss ari tu.
a. Gambar aku attach tu 2 biji server dan 1 data storage Jabatan aku punya.
b. Satu server tu dah tak boleh booting.Aku cadang nak format balik..ada nasihat?
c. Sepatutnya ada satu lai data storage kat bilik Steno..Belum angkat ke bilik ni.Berat mcm batu. Masalahnya password Admin dia tak de sapa yang tahu..atau buat2 tak tahu.Ada nasihat?
d. Bilik dlm gambar tu aku nak jadikan lab network dengan bilik sebelah kanan(yang nampak cermin je tu).

Kalau projek aku berjaya aku belanja ko kat Langkawi.

Tentang Multimedia tu aku cadangkan nama staf JRV :-
En Mohd Shakir bin Abu Bakar-Adobe Photoshop , Adobe Ilustrator
Cik Noorazzahrawani Bt Abdul Rani -Adobe Premier Pro
Cik Siti Hawa Yaacub dan Cik Nurul Aini Idaya bt Muhammad-Sound Forge
Muhammad Hakimi b Raseli- Adobe Flash

Dia balas:
Jawapan:
a.Tak perlu jawapan
b.Kena pastikan sebab tak boleh boot. Klu OS problem, just format je, tapi klu hardware, kena keluar belanja sikit beli parts - Software rasanya
c.Admin pswrd kat mana, kat BIOS atau OS. Klu kat bios, cabut je bateri kat mainboard. Klu kat OS, format dan install OS baru. Kat OS..format la kot
d.Gambor cermin kecil benor, tak boleh komen.

Tips, mana2 server yg tak perlu di format, klu boleh uninstall software2 yg tak berkenaan. Kita nak fresh windows server. Senang nak belasah dia.

Aku nak 2 org lelaki atau 2 orang pompuan. Ko bagi ramai sgt. Klu yg cik2 tu cantik, kita pilih yg cik je, agak2 ok tak.. Tapi mesti power lah…

Hi..kalau bini ko bace..mampusss...

12 September, 2007

Selamat Berpuasa

Pagi2 kete Iswara aku buat hal..tak leh start. Rasanya compem bateri dah kiok. Tu pasal tinggal dulu tak start 2, 3 hari.Terbang RM 200 ganti bateri dan upah pasang. Tersengih2 pomen tu bila aku nak bayor . Then gi Kangar menyettlekan bil2 tertunggak:
Bil Celcom 013

Bil Celcom 019 - Mengcekik darah betul roaming Celcom-kalau koorg gi obersee.takyah la buat roaming..Nasihat aku..
Bil Astro - tetap kena bayo wpun tak tengok sebulan.
Bil TM
Bil Kad Utang - spend kat India beli Sari
Bil TNB - bayar ciput je sebab sebulan rumah kosong
Bil Air JKR - tak pernah ade
Saman Trafik - tunggu dapat sampai 200 saman mcm Bas Express
Bayar Insuran kete
Bayar Road Tax
Bayar Kete
Yuran Sekolah Solehin dan Hakim
Yuran Nursery Taufiq - bini bayor
Bayar Belanja Isi Rumah - 2 bulan dapur tak berasap.

Bilo lah duit claim mangku tugas nak masuk ni....
++++++++++++++++++++++
Malam tadi KJ suruh wakilkan dia sempena Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Ingatkan ada maqan..maqan...Elek..cit..buang karen je aku mai. Show pun tak mengancam..tak selera nak tengok. Last2 lepak dgn geng2 lama student JRV yg buat MCP dan student kelab multimedia yg melaram dengan video kamera(HDV) baru. Balik rumah kul 11 pm..lapar ..da.. bukak peti ais..tengok apa yang ada. Ada kek Coklat la..nyumm...nyumm..ngan ada belen Nutrigen (anak aku punya). Aku bedal..


Wehhh..khamis ni posa.....Selamat Berposa semua....

11 September, 2007

Al Kuliah...

Kul 10.15 mula kelas Pengkomputeran. Revise balik bab Sumber Kuasa Untuk Menghidupkan Komputer (Power Supply). Tu bab last Nizah tinggalkan. So,sepatutnya aku sambung Bab CPU, tapi muqadimah aku revise bab Power Supply tu dulu..idea dtg mencurah2 ni....Tak tahulah pelajar aku ni boleh catch up penerangan aku tadi ke dak. Ide memang mencurah2, tapi kot2 mencurah air ke daun keladi... Tak pe..sok aku tanya solan kat diorang. buat spot kuiz...Yeehaa...sonoknya...

Ko org tahu tak step2 yg nak kena buat bila kawan/org antar pc, dia kata PC tak leh on...Ha..nak buat camne?

Terangkan langkah2 pemeriksaan yang perlu di ambil apabila suis "power" cuba dihidupkan tetapi
kuasa elektrik komputer tidak boleh di hidupkan.
Langkah 1:
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
solan bocor...kuiz utk esok...sila jawab...


+++++++++++++++
Ari ni klas web..Buat Frame. Bukan frame gambo..Tu ada student nak loyar buruk ngan aku...So aku bagi lak projek kumpulan.Kah..kah..kah ..Loyar buruk lagi...sapa suruh..

08 September, 2007

Kuliah dah Setart

Terima Jadual waktu ..kira boleh mula class la ni. Mengajar modul Pembangunan Laman Web dan Pengkomputeran. Yg lemah sikit,kalau web tu...he..he...tak de masalah. Yg masalahnya Lab BUSHA punya Pc yg boleh run setakat 20 unit je..Nak kena buat maintenence dulu sebelum kelas..Nak harap juruteknik mana ada juruteknik kat Jabatan. Juruteknik Komputer poli? ..Mmmm..

Mula kelas web, cite sikit kat student tentan
g Web Hosting(ade assignment jgn lupa) dan beri Projek Indibidu (Buat web la..apa lagi..).Diorg kena ada "konsep" - mcm album nak release , musti ade konsep..rock ka, alternatif ka, dangdut ke. So web pun mesti ada konsep...Konsep Alam sekitar, konsep Kampung Ku, konsep Kawasan Pelancongan, Konsep Diary hidup ku..Mcm blog ni la.. Bukan main redah je..last sem.. naik berbuih air liur + bersembur-sembur air liur cakap pasal konsep. Last2 ade juga 2,3 minah dan mamat ni yg masuk gak gambar siti la , garfield la, tah artis seksi mana da..kat laman web.. Tak de kena mengena dgn web design konsep dia. Ade ka patut..bubuh gambar Justin Timberland kat webKonsep Pelancungan di Perlis.Bila tanya.."Tah encik..saya suka dia". Mau nak kena silambam kot ni..

Habis kelas web, kelas pengkomputeran lak..Baguih punya student..satu kelas tak mai kuliah. Terceranguk la aku sorang2 dlm Hyper Lab. Almaklumlah dah 2 minggu kuliah tak jalan sebab Pn Nizah bersalin tak de ganti sampai la aku balik.baguih..punya budak..baguih punya ??.

Susah oii ambik kelas in the middle ni..mau je aku start semester from 0 balik. Kalau beri opsyen bila la agak nya nak mcm dulu2, ajor subjek Marketing, Banking, Law , Investment ke...Alahai..nasib..nasib..

p/s : CC siswi banyak pc tak leh run..tu nak nambah masalah kat aku lagi la tu..

+++++++++++++++++++++++++++
Seminggu tak gi pasar lagi..peti ais belum berisi. Makan lauk beli je. Belum ada mood.....

07 September, 2007

Balik dah Malaysia

wallaa..dah masuk opis. bertimbun keje nak di bereskan. mane ade mase nak nulis kat blog. Last2 aku angkut PC aku kat opis
(sendiri punya yek..bukan hak kerajaan) bawak balik rumah..pakai dail up je kat rumah. Actually..x boleh bukak pun blogspot
kat poli kena block.


So semua aku rasa dah masuk opis la ni..Mengadap la koorang dengan Fail Rekod Pensyarah (FRP), muka2 student. muka2 lecturer,
pak guard, cleaner..tensen pun dah mula datang..kena pulak poli aku Auditor dari Bank Negara mai.Ayoo..Io..Dia mai cek
Clasroom Monitoring System Jabatan aku, nasib baik dlm semenet aku boleh recorvery balik sistem tu.(tu kira nak riak la tu..1x)
****************
Perjalanan balik aku dari India ke Malaysia

Bertolak dari apartment kul 6 ptg ..janji 6 setengah tapi sejam dari tu masing2 dah terpacak kat kaunter. Blum pernah berlaku dlm
sejarah kalau nak gi kelas..mesti ade yg lewat.Especially The One.

Singgah semayang Jamak Maghrib Isyak kat Masjid Kalkaji. Selalu lalu kat masjid ni tapi ni lah pirst time singgah semayang.
Yang si Babuji promote kat muazzin masjid tu suruh aku azan maghrib. Peh...Peh..(tu kira nak riak la tu..2x).

Lps semayang..bertolak ke airport jln jem ya amat. Mau je ade yg nangis kalau lps flight. Tapi aku rasa memang ade yg nak nangis
tapi bukan sebab lps flight tapi bila terima call yg luggage kitaorg dah terlebih kg. Kena bayar sampai INR60000 = RM 6000
- actually luggage kitaorg jln dulu.

yang paling best.. bila balik..


malas nak cerita ..lu tengok je gambar ni...Aku pun rasa dah nak ampus nak naip cite2 kat blog ni kalau kat opis belambak keje nak dibuat..

"ampus" bahasa Sabah = semput